Tiada kompromi jika salah guna, palsu dokumen rentas negeri, daerah

May 18, 2021 · Isu semasa

Polis memberi amaran tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang menyalah guna dan memalsukan dokumen kebenaran rentas negeri dan daerah serta melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Ketua Polis Negara, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani berkata, PDRM akan mengambil tindakan tegas selaras peraturan yang ditetapkan.

“Kebelakangan ini, PDRM mengesan segolongan masyarakat yang telah menyalahguna atau memalsukan kebenaran serta melanggar prosedur operasi standard semasa merentas daerah dan negeri.

“Dalam usaha melaksanakan ketetapan kerajaan untuk terus mengekang penularan wabak COVID-19 yang semakin meningkat, PDRM akan terus mengawasi serta mengehadkan pergerakan terutamanya yang melibatkan rentas daerah dan negeri.

“PDRM juga akan lebih teliti dalam mempertimbangkan kelulusan kebenaran rentas daerah dan negeri yang dipohon,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Acryl Sani menasihatkan orang ramai untuk terus mematuhi SOP yang ditetapkan dan bersama-sama memainkan peranan dalam mengekang penularan wabak itu.

Sementara itu, Task Force Operasi Pematuhan yang diketuai polis telah melakukan 75,057 pemeriksaan di seluruh negara semalam, bagi memantau dan menguatkuasakan pematuhan SOP PKP.

Seramai 4,216 Pasukan Pematuhan melibatkan 15,631 anggota telah membuat pemantauan di 4,135 pasar raya, restoran (4,924), kilang (2,204), bank (3,977), pejabat kerajaan (927) dan penjaja (2,135).

Turut dipantau ialah pasar awam / tani (1,892), tempat ibadah (3,233), tempat riadah (1,582), terminal pengangkutan darat (1,765), terminal pengangkutan air (299) dan terminal pengangkutan udara (108).

Semalam, 514 individu ditahan atas kesalahan ingkar SOP. Daripada jumlah itu, seramai 503 individu dikompaun manakala 11 lagi direman.

Antara kesalahan direkodkan ialah 147 kes tidak memakai pelitup muka; gagal merekod butiran diri / daftar masuk premis (127); tiada penjarakan fizikal (62), membawa penumpang berlebihan (13), dan lain-lain (165).

Berita berkaitan
Polis terima satu lagi laporan bom petrol dilempar ke KK Mart
March 30, 2024· Isu semasa
Senjata api dimiliki warga Israel dibekal warga tempatan: Polis
March 30, 2024· Isu semasa
Polis segerakan siasatan dalam kes langgar pelajar sehingga maut
December 16, 2023· Isu semasa
Agus dipanggil beri keterangan esok terhadap dakwaan gangguan seksual
December 13, 2023· Politik
Popular
Kembalikan deria bau
November 9, 2021
Lelaki juga berisiko alami gangguan seksual
February 13, 2023
Kenapa generasi muda semakin hilang adab?
February 14, 2023
Cara mudah bersihkan rumah akibat banjir
December 26, 2021
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok