TI-M kritik MoU kerajaan-PH tiada pembaharuan pelan lawan rasuah

September 15, 2021 · Isu semasa

Sebuah badan bebas antirasuah, Transparency International Malaysia (TI-M) mengkritik Memorandum Persefahaman (MOU) kerajaan dan Pakatan Harapan (PH) yang tidak mengandungi tiga bidang pembaharuan dalam Pelan Antirasuah Nasional (NACP).

TI-M berharap pihak kerajaan dan pembangkang dapat mencari jalan untuk menunjukkan kemahuan politik dalam melaksanakan pembaharuan antirasuah yang digariskan badan tersebut sebelum ini, disamping menzahirkan kekecewaan tiga pembaharuan utama tidak disentuh dalam MoU yang dipersetujui pada Isnin lalu di Parlimen.

“Kami mengharapkan bahawa niat dan iktikad baik para penggubal undang-undang dari kedua-dua belah pihak akan berlaku dalam beberapa bulan akan datang melalui sistem perundangan yang jelas dan juga kemahuan politik yang sebenarnya.

“Kami juga kecewa kerana tiga bidang pembaharuan utama yang telah diketengahkan dalam NACP dan pelbagai kenyataan dari ahli Parlimen dan NGO, dalam beberapa bulan terakhir ini, tidak terkandung dalam MOU,” kata Presidennya, Muhammad Mohan.

Katanya, ketiga-tiga bidang utama tersebut adalah akta pembiayaan politik, pemisahan kuasa antara peguam negara dan pendakwa raya serta meletakkan Suruhajaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bawah bidang kuasa parlimen.

“Akta pembiayaan politik, rang undang-undang tersebut telah disiapkan tetapi mengapa nampaknya ada kurangnya inisiatif dan kemahuan politik dari kedua-dua pihak untuk menjayakannya?

“Pemisahan kuasa antara peguam negara dan pendakwa raya supaya tidak berlakunya salah guna kuasa dan mengurangkan konflik berkepentingan,” katanya pemimpin badan antirasuah itu.

Bagaimanapun Muhammad memuji MOU yang ditandatangani pada 13 September lalu untuk membantu proses memulihkan ekonomi dan reformasi parlimen di Malaysia.

Blok pembangkang, Pakatan Harapan dan kerajaan menandatangani MoU Transformasi dan Kestabilan Politik yang berlangsung di Parlimen.

MoU berkenaan yang membentuk satu kerjasama ‘dwipartisan’ dengan menjulang semangat Keluarga Malaysia, mempunyai enam agenda merangkumi pemerkasaan pelan Covid-19, transformasi pentadbiran, pembaharuan Parlimen, kebebasan institusi kehakiman, Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) dan pembentukan jawatankuasa pemandu.

Untuk rekod, tawaran kerjasama tersebut sebelum ini pernah dibuat oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin sebelum meletak jawatan tetapi ditolak mentah-mentah pembangkang.

Hanya dengan kerajaan baharu diterajui UMNO sahaja Anwar tunduk dan menerima tawaran MoU tersebut, begitu takut beliau kepada UMNO sehingga mengadaikan prinsip perjuangannya sebelum ini.

Berita berkaitan
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024· Isu semasa
Selepas Zahid, Isa Samad juga dibebas daripada tuduhan rasuah RM3 juta
March 6, 2024· Politik
DAP semakin berani disebabkan UMNO hanya ‘penumpang’ dalam kerajaan
February 13, 2024· Politik
Isu RM750 juta, PAS minta PMX beri penjelasan jangan melulu buat tuduhan
January 10, 2024· Politik
Popular
Kembalikan deria bau
November 9, 2021
Lelaki juga berisiko alami gangguan seksual
February 13, 2023
Kenapa generasi muda semakin hilang adab?
February 14, 2023
Cara mudah bersihkan rumah akibat banjir
December 26, 2021
Lagi Isu semasa terkini
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Kesan hapus subsidi, Bank Dunia jangka inflasi Malaysia naik 2.5 peratus
April 1, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok