
Bayi lelaki itu ditinggalkan di depan sebuah surau gara-gara kedua ibu bapanya tidak mampu dari segi kewangan untuk membesarkannya.
Perkongsian kisah seorang bayi lelaki yang ditinggalkan di depan sebuah surau gara-gara kedua ibu bapanya tidak mampu dari segi kewangan untuk membesarkannya, begitu menyayat hati para pengguna TikTok.
Malah para pelayar yang menonton video perkongsian akaun TikTok @boboy9077 itu berpandangan pasangan tersebut bukan membuang anak mereka sebaliknya untuk memberi kehidupan lebih baik buat si kecil.
“Kami mohon maaf kerana tak dapat membesarkan Muhammad Arif atas sebab ekonomi.
“Kami mohon sesiapa yang dapat dan sanggup membesarkan dia. Kami sangat-sangat berterima kasih” bunyi nota yang ditinggalkan di samping bayi tersebut.
Ini hanya satu daripada ribuan kisah lain yang dikongsi di media sosial susulan kesempitan hidup dihadapi rakyat negara ini sejak kebelakangan ini.
Rentetan ribuan orang kehilangan pekerjaan akibat pandemik beberapa tahun lalu dan sehingga kini kehidupan rakyat masih belum pulih malah terus kesempitan sehingga hari ini ditambah dengan peningkatan kos sara hidup saban hari.
Malah ada yang sanggup berjalan kaki dari Selatan ke Istana Negara untuk menuntut agar pengeluaran Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dibenarkan.