Tengku Zafrul selar penghasut rakyat isu pengeluaran simpanan KWSP

December 31, 2021 · Isu semasa

Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz menyelar pihak tertentu yang sibuk menghasut rakyat berkaitan pengeluaran simpanan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Beliau tidak menyebut penghasut terbabit, namun Agenda Daily percaya ianya ditujukan kepada pemimpin UMNO, terutama Ketua Pergerakan Pemudanya, Asyraf Wajdi Dusuki, dan Ahli Parlimen Pekan, Datuk Seri Najib Razak, yang memperjuangkan pengeluaran one-off RM10,000 menerusi skim i-Citra, kononnya atas kehendak rakyat.

Asyraf Wajdi sebelum ini lantang bersuara mendesak kerajaan membenarkan pengeluaran one-off itu, malah ada kenyataannya yang turut menyindir bantuan dan kemudahan pinjaman diperkenalkan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang juga Naib Presiden UMNO. Berita berkaitan

Walaupun, kerajaan dan KWSP beberapa kali menjelaskan berhubung isu pengeluaran one-off i-Citra itu sambil disokong kesatuan sekerja, namun Pemuda UMNO, khususnya Asyraf Wajdi dengan bantuan Najib serta Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, berkeras mendesak ianya diluluskan.

Malah, dalam satu status di Facebook beliau pada 27 Disember lalu ketika mengulas kenyataan Perdana Menteri berhubung i-Citra, Najib mengingatkan kerajaan tidak mendengar nasihat Menteri Kewangan yang disifatkannya sebagai ketinggalan zaman Perikatan Nasional (PN).

Kata Najib: “Usahlah dengar nasihat Menteri Kewangan ketinggalan zaman PN. Dengarlah rintihan rakyat. Last sekali pengeluaran khas. Lepas itu, fokus untuk bina balik simpanan pendeposit baki rendah dalam KWSP. Banyak caranya.”

Untuk rekod, pengeluaran simpanan i-Citra diperkenalkan Kerajaan PN di bawah Perdana Menteri ketika itu, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Mengulas lanjut, isu itu Tengku Zafrul dalam tulisannya di akhbar Berita Harian mengulangi kenyataan bahawa idea pengeluaran simpanan KWSP pertama kali dicetuskan oleh kerajaan berdasarkan pertimbangan dan perkiraan yang rapi.

Malah, Menteri Kewangan itu menyindir pihak terbabit yang menghasut rakyat tidak terlibat pun dalam membuat perkiraan dan keputusan pengeluaran i-Citra, sebaliknya mengeksploitasinya untuk dijadikan modal menyerang kerajaan dan KWSP.

“Hari ini, terdapat beberapa pihak yang lantang melobi untuk dibenarkan sekali lagi pengeluaran simpanan KWSP. Perlu saya ulangi, idea ini pertama sekali dicetuskan oleh kerajaan berdasarkan pertimbangan dan perkiraan yang rapi.

“Suara yang hari ini sibuk menghasut rakyat tidak terbabit sama sekali dalam perhitungan dan keputusan berkenaan. Mereka mengambil kesempatan mengeksploitasikan perkara ini sebagai modal untuk menyelar pihak KWSP dan kerajaan,” kata Tengku Zafrul.

Beliau juga seolah-olah mengingatkan Najib bahawa dalam kejadian banjir besar yang berlaku di Kelantan dan Pahang pada 2014 ketika Ahli PArlimen itu menjadi Perdana Menteri, tiada satu sen pun pengeluaran KWSP dibenarkan pada masa itu.

“Pada 2014 misalnya, beberapa negeri terutama Kelantan dan Pahang teruk dilanda banjir dengan jumlah isi rumah yang terkesan mencecah 300,000 dan ramai yang kehilangan harta termasuk rumah dan kenderaan.

“Namun, kerajaan pada tahun tidak membenarkan pengeluaran KWSP walau satu sen pun kepada mangsa banjir yang hilang segalanya, sebaliknya guna kaedah lain bagi membantu mangsa. Kini, pendekatan yang sama diambil kerajaan bagi membantu rakyat menghadapi bencana banjir,” katanya.

Tengku Zafrul berkata dalam keadaan ekonomi yang semakin pulih, kerajaan tetap membantu rakyat melalui strategi yang pelbagai dan berbeza, seperti Bantuan Prihatin Rakyat (BPR); Bantuan Khas Covid-19 (BKC); Bantuan Kehilangan Pendapatan (BKP); dan Bantuan Wang Ihsan (BWI).

“Namun, dalam hal KWSP ini, kita tidak boleh terus populis dengan sekali lagi mencari jalan mudah membenarkan pengeluaran tambahan lebih-lebih lagi bila kerajaan sudah menyediakan satu pakej bantuan banjir yang paling tinggi dalam sejarah.

“Fikirkanlah kesan jangka panjang terutama kepada anak dan cucu kita yang bakal mewarisi beban menampung kehidupan warga tua negara yang tidak mampu menanggung persaraan mereka sendiri,” katanya.

Kenyataan penuh di ruang Rencana

Berita berkaitan
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024· Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024· Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024· Politik
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024· Politik
Popular
Minyak botol vs minyak peket
July 20, 2022
Bekas ketua hakim negara cemas di kandang saksi, lapor Bernama
April 12, 2021
Skandal LCS: TLDM kalah bertempur sejak awal, kata bekas panglima
August 15, 2022
PN akan terus desak caruman KWSP bersasar dibenarkan
March 16, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok