Tarikh PRU-15 ditetapkan kerajaan, bukan UMNO

May 15, 2022 · Isu semasa

Pindaan perlembagaan UMNO yang melanjut pemilihan parti tidak akan mempengaruhi tarikh Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) diadakan kerana kedua-duanya adalah berbeza, kata Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Menurutnya, usul pindaan yang diluluskan UMNO adalah berkaitan pemilihan dalam parti, sementara keputusan untuk mengadakan PRU, ditentukan kerajaan.

“Tarikh (PRU) itu ditetapkan oleh kerajaan dengan keputusan dari mesyuarat Kabinet. Kita akan bawa dalam Kabinet. Sementara parti berbeza dengan kerajaan.

“Parti pun tahu, kalau ada cadangan (untuk diadakan PRU) akan bawa ke Kabinet dan Kabinet yang memutuskan. Kalau pun Kabinet sudah memutuskan tarikh, Kabinet akan beri mandat kepada saya untuk berbincang dengan Yang di-Pertuan Agong,” katanya memetik laporan BH, ketika ditemui selepas Perhimpunan Agung UMNO (PAU) Khas itu hari ini.

Ditanya dakwaan perlunya kelulusan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) terhadap pindaan itu, beliau berkata, terserah kepada agensi itu untuk menentukan keputusannya.

“Usul itu sudah diterima sebulat suara dan selepas ini UMNO akan menulis surat kepada ROS untuk mendapatkan kelulusan. Itulah dari segi prosedurnya,” katanya yang juga Naib Presiden UMNO.

“Kita tidak tahulah. Kita akan hantarlah permohonan itu untuk dapatkan kebenaran ROS terhadap pindaan itu. Kita tunggulah, kita pun tak tahu lagi,” katanya.

Katanya, UMNO perlu menghantar surat pemakluman kepada ROS berkaitan keputusan PAU Khas hari ini dalam tempoh 60 hari.

Ditanya sama ada PRU ke-15 diadakan tahun ini, Ismail Sabri yang juga Naib Presiden UMNO berkata:

“PRU kita tunggulah, kalau saya bagi tahu, maknanya semua sudah tahu awallah.”

Pindaan Perlembagaan itu melibatkan 3 Fasal iaitu Fasal 10.16, 15.3 dan 18.2 yang kesemuanya melibatkan penangguhan pemilihan di semua peringkat Majlis Kerja Tertinggi, Bahagian dan Cawangan.

Pindaan ini memberi kuasa kepada MKT UMNO untuk menangguhkan pemilihan di peringkat MKT, Bahagian dan Cawangan tidak lebih daripada lapan belas (18) bulan dari tarikh pemilihan yang sepatutnya diadakan atau tidak lebih daripada enam (6) bulan selepas diadakan sesuatu Pilihan Raya Umum Parlimen (Dewan Rakyat) yang mana terkemudian.

Tarikh Pilihan Raya Umum Parlimen (Dewan Rakyat) yang dinyatakan dalam Fasal 10.16.1 adalah seperti yang dinyatakan dalam writ yang dikeluarkan mengikut Seksyen 12 Akta Pilihan Raya 1958 atau mana-mana undang-undang yang terpakai bagi tujuan yang sama.

Berita berkaitan
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024· Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024· Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024· Politik
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024· Politik
Popular
Harga roti Gardenia naik 1 Disember
November 25, 2021
Selesaikan isu harga makanan di kantin, jangan ikut formula Rafizi
January 9, 2023
Pelajar sekolah balik cuti raya Cina tak dibenar pulang ke asrama
February 5, 2022
Kilang pemasangan Porsche pertama Malaysia dilancar di Kedah
March 28, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok