Takungan air empangan di Selangor melebihi 90 peratus

March 30, 2021 · Isu semasa

Kadar takungan air di empangan seluruh Selangor sehingga 22 Mac lalu melebihi 90 peratus kecuali di empangan Sungai Tinggi dan empangan Sungai Langat iaitu masing-masing 88.72 peratus dan 87.96 peratus.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, menurut Jabatan Meteorologi Malaysia, negara kini telah memasuki fasa kedua Monsun Timur Laut yang kurang taburan hujan, cuaca kering serta panas sehingga hujung bulan ini dan menyebabkan paras air empangan dijangka mengalami penurunan.

“Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) telah melaksanakan pemantauan rapi dan bersedia dengan langkah mitigasi bagi memastikan kuantiti sumber air mencukupi dan bekalan air terawat berjalan dengan lancar,” katanya ketika merasmikan Forum Air Selangor yang bertemakan “Nilai Air” sempena Hari Air Sedunia 2021 Peringkat Negeri Selangor secara maya hari ini.

Beliau berkata, forum itu bertujuan memberi kesedaran kepada masyarakat mengenai kepentingan sumber air dalam proses pembangunan yang memberi impak kepada kualiti, kuantiti dan alam sekitar.

“Permintaan ke atas air semakin meningkat selaras dengan perkembangan pesat kemajuan dan populasi yang semakin bertambah menjadikan kekurangan air sebagai salah satu cabaran utama di kebanyakan negara termasuk di Malaysia dan juga di Selangor,” katanya.

Berita berkaitan
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024· Politik
Azmin dakwa rumah terbuka Aidilfitri Bersatu disekat kerajaan Selangor
April 18, 2024· Politik
Tengku Zafrul letak jawatan bendahari UMNO Selangor, tak sehaluan
April 1, 2024· Politik
Banjir: Kelantan dan Perak catat peningkatan mangsa dipindahkan
December 17, 2023· Isu semasa
Popular
Kembalikan deria bau
November 9, 2021
Kes rasuah: Wan Saiful hantar surat kepada SPRM
May 8, 2023
Masalah kewangan, tekanan ekonomi punca pasangan muda bercerai
July 25, 2023
Cara mudah bersihkan rumah akibat banjir
December 26, 2021
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok