Tak perlu tambah lagi kawasan Parlimen, kata bekas Timbalan SPR

September 15, 2022 · Isu semasa

Kerusi Parlimen 222 sudah mencukupi dan tidak memerlukan tambahan kawasan lagi, kata bekas Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Seri Wan Ahmad Wan Omar.

Wan Ahmad berkata jumlah 222 kerusi adalah sudah memadai, bagaimanapun langkah terbaik yang perlu diambil SPR adalah menangani lebihan pengundi di sesuatu kawasan dan mencadangkan persempadanan dijalankan.

“Ketika ini terdapat 222 kerusi Parlimen di Malaysia dan jumlah itu sudah memadai. Sebenarnya, wakil rakyat sekarang terbeban kerana sesetengah kawasan itu mempunyai lebihan pengundi sekali gus menunjukkan ketidaksamarataan antara kawasan.

“Jadi, pendapat saya adalah perlu kajian persempadanan semula. Persempadanan semula ini perlu dibuat berdasarkan kategori yang sama, contohnya kawasan bandar dengan bandar seperti di Kuala Lumpur yang punyai pemilih yang ramai,” katanya dipetik laporan Utusan Malaysia.

Menurut Wan Ahmad, pertambahan pengundi di sesuatu kawasan akan membebankan Ahli Parlimen dan menggesa supaya fokus ditumpukan kepada jumlah pengundi dan bukan mengikut keluasan kawasan Parlimen itu.

“Apabila pengundi ramai, beban wakil rakyat bertambah. Untuk kawasan luar bandar misalnya kita kena tengok jumlah pemilih dan bukannya luas kawasan. Kita mahu wujudkan keseimbangan pengundi,” terangnya lagi.

Malaysia dijangka mempunyai 244 kerusi di Dewan Rakyat pada Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU-16) jika kerajaan meluluskan peruntukan 35 peratus kerusi Parlimen yang dituntut oleh Sabah dan Sarawak seperti yang termaktub dalam Perjanjian Malaysia (MA63).

Jumaat lalu, Mesyuarat Majlis Khas Perjanjian Malaysia 1963 dilaporkan memperakui langkah mendapatkan semula 35 peratus daripada 222 kerusi Parlimen untuk Sabah dan Sarawak sekali gus menyaksikan kedua-dua negeri bakal memiliki 78 kerusi Parlimen.

Mengulas lanjut, Wan Ahmad berkata, pertambahan kerusi Parlimen juga tidak wajar berdasarkan penilaiannya terhadap prestasi pemimpin parti politik ketika ini yang dilihat tidak banyak menyumbang.

“Bajet untuk bayar wakil rakyat juga bertambah, selain peruntukan pembangunan yang besar. Jadi ia jelas merugikan negara selain pemimpin baharu juga tidak menyumbang. Saya melihat prestasi mereka (pemimpin) tidak bertambah, sama sahaja.

“Ada yang tidak menjalankan tugas seperti diharapkan namun, ada juga yang bagus tunjuk prestasi baik dan cemerlang. Apa yang perlu diakui ialah ada wakil rakyat berada pada tahap prestasi yang tidak membanggakan,” katanya.

Berita berkaitan
Khairy tak rasa bekas Peguam Negara akan beri penjelasan kes Zahid dihentikan
7 jam lalu· Politik
KJ ungkit kenyataan Azalina ‘peguam negara orang PM’, sindir kes rasuah Zahid
19 jam lalu· Politik
Penjelasan kes Zahid lebih kepada retorik politik cikgu dan anak murid
September 20, 2023· Politik
Permohonan akan dibuat untuk ketepikan tiga pertuduhan, kata peguam Muhyiddin
September 19, 2023· Politik
Popular
Zaid Ibrahim disiasat bawah Akta Hasutan, diambil keterangan
September 21, 2023
Ribuan peniaga diramal gulung tikar ekoran kenaikan harga bahan mentah: Laporan
September 20, 2023
Kemalangan treler: Pekerja Pos Malaysia dan Mahkamah Ampang dikenal pasti maut
September 20, 2023
Kemalangan treler Putrajaya: Pemandu direman empat hari
September 21, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Zaid Ibrahim disiasat bawah Akta Hasutan, diambil keterangan
4 jam lalu · Isu semasa
RM4 juta masuk akaun Najib dari syarikat berkait Jho Low: Saksi
4 jam lalu · Isu semasa
Kemalangan treler Putrajaya: Pemandu direman empat hari
4 jam lalu · Isu semasa
Penagih dadah meningkat 27 peratus, kata AADK
7 jam lalu · Isu semasa
Kemalangan treler: Pekerja Pos Malaysia dan Mahkamah Ampang dikenal pasti maut
20 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Susah senang bersama, PN tidak akan khianat pengundi sertai kerajaan PH-BN
3 jam lalu
[VIDEO] Rakyat beratur beli beras Rahmah macam negara kita miskin
6 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok