Tak boleh tanya soalan, baik jangan panggil sidang media

November 14, 2022 · Isu semasa

Gerakan Media Merdeka (Geramm) meluahkan rasa kecewa terhadap Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang tidak membenarkan sebarang soalan ditanya semasa sesi sidang media.

SPR tidak membenarkan sebarang soalan dikemukan pada kedua-dua sidang media yang dipanggil berkait pengumuman tarikh-tarikh penting PRU-15 dan pengesahan jumlah calon yang bertanding.

Geramm turut mempersoal keperluan mengundang pihak media secara fizikal sedangkan tiada satu soalan pun dibenarkan untuk ditanya.

“Geramm menegaskan tidak ada keperluan untuk menjemput media hadir secara fizikal sekiranya pihak SPR enggan melayan sebarang pertanyaan.

“Cukup dengan menghantar kenyataan bertulis atau sesi ‘live online’, akan lebih menjimatkan masa semua pihak.

“Pada masa yang sama, pihak pengurusan SPR turut boleh mengambil langkah proaktif untuk menyenaraikan soalan-soalan dari pihak media atau isu-isu dibangkitkan oleh pengundi.

“Tugas media adalah untuk bertanya, bukan hanya mendengar secara sehala dan melapor sesuai ‘selera’ yang punya acara,” katanya. menerusi kenyataan media, hari ini.

Katanya pemberita perlu bertanya soalan bagi mengelak kekeliruan maklumat.

Pada sidang media di Putrajaya itu, Pengerusi SPR ,Tan Sri Abdul Ghani Salleh sekadar memaklumkan tarikh-tarikh penting mengenai PRU-15 dan tidak membenarkan sebarang soalan diajukan.

Sementara itu, Geramm berkata SPR masih belum menjelaskan tatacara terhadap pengundi yang positif Covid-19 untuk mengundi.

“Sehingga kini pihak SPR masih belum memberi sebarang penjelasan berkenaan prosedur mengundi bagi mana-mana individu yang disahkan positif Covid-19, susulan kenyataan dari Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia Dr Noor Hisham Abdullah semalam,” katanya.

Berita berkaitan
PRK Kemaman: Peratusan keluar mengundi setakat 4 petang sebanyak 60 peratus
December 2, 2023· Isu semasa
PRK Kemaman: 48 peratus sudah keluar mengundi setakat 2 petang
December 2, 2023· Politik
SPR jangka 70 peratusan keluar pengundi pada PRK Kemaman esok
December 1, 2023· Isu semasa
Kementerian nafi SKMM digunakan untuk sekat kebebasan media
November 27, 2023· Isu semasa
Popular
Armada Bersatu gesa siasat video warga Malaysia dengan pembantu PM Israel
December 5, 2023
Masalah pengangkutan awam tiada kesudahan
June 27, 2022
Cukai RM9.41 juta: Shafee dan LHDN dalam proses selesaikan tunggakan
December 5, 2023
Sindiket pasport terbang berjaya ditumpaskan Imigresen Johor
December 5, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Armada Bersatu gesa siasat video warga Malaysia dengan pembantu PM Israel
December 5, 2023 · Isu semasa
Sindiket pasport terbang berjaya ditumpaskan Imigresen Johor
December 5, 2023 · Isu semasa
Pesara tentera lesap RM125,000 ditipu ‘phone scam’
December 5, 2023 · Isu semasa
Cukai RM9.41 juta: Shafee dan LHDN dalam proses selesaikan tunggakan
December 5, 2023 · Isu semasa
Bergantung kepada siasatan sama ada tangkap Agus atau tidak: Razarudin
December 5, 2023 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Kedah, Itali jalin kerjasama jayakan Kedah Aerotropolis
13 jam lalu
[VIDEO] Kit Siang patut nasihat UMNO tukar presiden, PAS elok dah
December 5, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok