PRK Kemaman: 48 peratus sudah keluar mengundi setakat 2 petang

December 2, 2023 · Politik

Sebanyak 48 peratus pengundi bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kemaman telah keluar menunaikan tanggungjawab masing-masing di 49 pusat mengundi setakat 2 petang ini.

Sejak pusat mengundi dibuka 8 pagi tadi, keadaan cuaca cerah berterusan di seluruh Kemaman, walaupun sebelum ini Jabatan Meteorologi Malaysia meramalkan hujan di beberapa kawasan di sini sepanjang hari, lapor Bernama.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Ghani Salleh berkata trend keluar mengundi pada PRK itu meningkat sekitar lapan peratus setiap jam dengan semua saluran menunjukkan momentum yang sama.

Beliau sebelum ini menyasarkan peratusan mengundi boleh mencapai hingga 70 peratus daripada keseluruhan 141,043 pengundi berdaftar, bergantung kepada keadaan cuaca.

Secara keseluruhan, sebanyak 141,790 pengundi layak menunaikan tanggungjawab masing-masing pada PRK itu termasuk 387 anggota polis, enam anggota tentera dan tiga pasangan mereka serta 12 Pengundi Tidak Hadir Luar Negara.

Semua anggota polis dan tentera yang layak mengundi awal telah menunaikan tanggungjawab masing-masing melalui undi pos sebelum ini manakala tiga pengundi yang merupakan pasangan tentera telah mengundi awal di Balai Polis Kijal, 28 Nov lepas.

PRK berkenaan menyaksikan pertembungan satu lawan satu antara calon Barisan Nasional Jen (B) Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor dan Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar yang mewakili PAS.

Berita berkaitan
Banjir: Kelantan dan Perak catat peningkatan mangsa dipindahkan
December 17, 2023· Isu semasa
Gesaan DAP supaya pilihan raya PBT diadakan di KL, pemimpin UMNO membisu
December 17, 2023· Politik
Kalah PRK Kemaman, Isham kata cukup-cukuplah UMNO jadi penjilat DAP
December 5, 2023· Politik
Lebih baik Kit Siang minta UMNO tukar Zahid, bidas Takiyuddin
December 5, 2023· Politik
Popular
Pengundi muda ubah landskap politik negara?
November 10, 2022
Takut dengan PN sampai sekat video TikTok, sindir Ahli Parlimen Sik
December 11, 2022
Selesai kos sara hidup, bukan tak perlu tampal roadtax: Muhyiddin
February 11, 2023
Pemimpin utama UMNO berkumpul di villa milik Rauf sebelum ke penamaan calon
November 8, 2021
Lagi Politik terkini
NGO bidas kerajaan perkenal kod etika, dakwa cuba sekat media
February 21, 2024 · Politik
DAP semakin berani disebabkan UMNO hanya ‘penumpang’ dalam kerajaan
February 13, 2024 · Politik
Isu RM750 juta, PAS minta PMX beri penjelasan jangan melulu buat tuduhan
January 10, 2024 · Politik
PN tiada dana untuk mulakan langkah tukar kerajaan, kata Hadi
January 5, 2024 · Politik
Dua bekas pembantu Najib antara disaman seorang penceramah bebas
December 27, 2023 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok