Tajuddin beri alasan lewat terima laporan nahas LRT malam tadi

May 25, 2021 · Isu semasa

Pengerusi Prasarana Berhad, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman memberi alasan beliau ‘lewat’ menerima laporan nahas dua tren LRT RapidKL di ibu negara kira-kira jam 8.45 malam tadi.

Beliau berkata demikian susulan komen rakyat yang kecewa kerana pengerusi Prasarana itu tidak kelihatan di lokasi nahas, sedangkan Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Wee Ka Siong, berada di tempat kejadian sehingga lewat malam.

Malah, Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa juga menerima laporan nahas membabitkan pertembungan dua tren LRT itu di dalam terowong berhampiran Stesen KLCC, lebih awal malam tadi.

Namun pagi tadi Tajuddin menyifatkan soalan kenapa beliau tidak ada di lokasi kejadian sedangkan menteri pengangkutan boleh berbuat demikian, hanya sebagai provokasi.

Beliau kesal dengan kritikan rakyat yang mempersoalkan mengapa beliau tidak kelihatan di lokasi kejadian malam tadi, sedangkan Ka Siong, boleh berada di sana.

“Semalam pun menteri dah turun. Semua ada di sana. Jangan lah suka ‘provoke’, apa gunanya?” katanya pada sidang media selepas melawat lokasi kejadian.

Tajuddin juga mengumumkan Prasarana akan memberi bantuan RM1,000 kepada 213 mangsa tren berkenaan.

Berita berkaitan
Saman fitnah, Tajuddin diarah bayar Khalid RM120,000
October 19, 2023· Politik
Sampai bila UMNO hanya mahu jadi penumpang kuasa: Tajuddin
August 29, 2023· Politik
4 kali rayuan tidak dilayan UMNO, Tajuddin boikot kempen PRN
July 21, 2023· Politik
Tajuddin mahu saman Khairul Azwan, beri tempoh seminggu
June 18, 2023· Politik
Popular
Dr. Sheikh Muszaphar kongsi cara didik anak
October 5, 2021
Usahawan PMKS, pekerja sokong syor Muhyiddin mudahkan bantuan
October 23, 2022
Kembalikan deria bau
November 9, 2021
Lelaki juga berisiko alami gangguan seksual
February 13, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok