4 kali rayuan tidak dilayan UMNO, Tajuddin boikot kempen PRN

July 21, 2023 · Politik

Bekas pemimpin UMNO, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman membuat keputusan untuk tidak membantu partinya itu berkempen pada pilihan raya negeri (PRN), bulan depan.

Ia susulan rayuan sebanyak empat kali untuk menarik balik penggantungan keahliannya tidak dilayan parti.

Bekas Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO itu berkata akibat tiada maklum balas sehingga kini, beliau tidak berhasrat untuk merayu lagi.

“Itulah saya cakap…bagi baliklah keris saya itu, keahlian saya itu. Penggantungan keahlian saya itu kenapa tak ada respon? Kalau nak suruh saya kempen, tapi penggantungan saya itu lepaskanlah.

“Macam mana nak buat kerja? Nak tolong (kempen) kalau saya pun diikat, kaki saya diikat, tangan saya diikat, nak buat apa?,” katanya lapor FMT.

Tajuddin berkata demikian ketika diminta mengulas kesediaannya berkempen pada PRN bulan depan, termasuk status rayuan terhadap penggantungan keahlian enam tahun.

Sebelum ini, Tajuddin menggesa Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menarik balik penggantungan keahliannya supaya beliau boleh membantu parti itu berkempen..

Dalam pada itu, Tajuddin turut mempertikaikan tindakan penggantungannya itu.

“Saya dalam UMNO 50 tahun, daripada jadi ketua pemuda pada usia 25 tahun. Mereka buat saya macam ini apa salah saya?

“Takkan tak boleh mengkritik, bagi pandangan, bagi nasihat? Ttakkan tak boleh ditegur? Nak jadi apa parti kalau tak boleh ditegur?” katanya.

Ahli Parlimen Pasar Salak itu bagaimanapun tidak kecewa dengan UMNO, sebaliknya meletakkan kesalahan itu pada pucuk pimpinan parti.

“Nampak pemimpin ini tak ada kepentingan parti, lebih kepentingan peribadi. Nak kedudukan, pangkat, tak fikirkan parti. Mereka tahu parti dalam keadaan lemah pun mereka tak kisah, mereka rasa yakin sahaja, macam sebelum PRU-15.

“Jadi kerajaan menumpang pun rasa hebat lagi, apa benda ni? Di mana maruah UMNO,” katanya yang menolak untuk menyertai parti lain buat masa ini.

Tajuddin digantung keahliannya pada September 2022 selama enam tahun dipercayai kerana lantang mengkritik kepimpinan Zahid.

Berita berkaitan
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024· Politik
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024· Isu semasa
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024· Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024· Politik
Popular
Anwar bantah permohonan ujian poligraf dibuat Yusoff Rawther: Laporan
March 30, 2024
PAS faham dan jaga semua kaum: Muhyiddin
March 5, 2022
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024
Lagi Politik terkini
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
April 27, 2024 · Politik
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024 · Politik
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024 · Politik
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024 · Politik
Tengku Zafrul mohon kebenaran betulkan fakta Zahid dalam kes pengampunan Najib
April 22, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok