PAS faham dan jaga semua kaum: Muhyiddin

March 5, 2022 · Politik

Tan Sri Muhyiddin Yassin menyifatkan rakan parti komponennya dalam Perikatan Nasional (PN), PAS merupakan sebuah parti yang memahami dan menjaga kepentingan semua kaum dalam negara, ia senario berbeza semasa mereka berada luar kerajaan sebelum ini.

Pengerusi PN itu berkata semasa PAS berada dalam kerajaan ketika pentadbirannya sebelum ini dan juga kini, parti Islam tersebut sentiasa terbuka dan banyak mengambilkira kepentingan semua kaum kerana mereka memahami kehidupan masyarakat majmuk yang terdiri daripada pelbagai latar belakang tanpa mengira kaum dan agama.

“Ada orang Cina takut PAS… takut cerita ‘potong, potong, potong’.

“Ketika saya jadi perdana menteri, dalam parti saya dulu pun ada PAS. Tiga Menteri PAS. Sekarang pun tiga Menteri PAS. Ada beberapa Timbalan Menteri PAS.

“Ada dengar dia cerita ‘potong-potong’? Tak ada lagi cerita. Pasal bila dia (PAS) sudah jadi kerajaan dia faham, dia kena ambil kira ini ada Cina, Melayu, India. Ada (agama) Islam , ada Buddhist, ada Hindu, dia kena jaga,” katanya semasa majlis makan malam bersama ahli perniagaan Cina di Johor Bahru.

Muhyiddin juga berharap pengundi Cina untuk keluar menunaikan tanggungjawab mereka pada 12 Mac nanti bagi mengelakkan peratusan pengundi yang rendah semasa Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka sebelum ini sehingga menguntungkan UMNO dan Barisan Nasional (BN).

Menurut Muhyiddin, masyarakat kaum

Cina perlu menolak parti yang dipimpin oleh perompak yang sudah dijatuhkan hukuman sebelum ini atas jenayah rasuah dan penyelewengan yang dilakukan mereka.

“Ada rakan-rakan Cina yang mengatakan bahawa orang Cina, memandangkan kesukaran, memikirkan untuk kembali kepada BN supaya masalah itu dapat diselesaikan.

“Saya tanya ‘nak sokong BN?’. Mereka kata Najib, tak apa, biar dia curi sikit. Macam mana boleh dia curi sikit? Yang lain pun mungkin ikut dia,” katanya lagi.

Untuk rekod, bekas Perdana Menteri yang juga bekas Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Razak sudah disabitkan dengan pengubahan wang haram, salah guna kuasa dan pecah amanah jenayah dan sedang dalam proses rayuan berhubung hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta di Mahkamah Persekutuan.

Muhyiddin mengingatkan pengundi Johor supaya tidak memilih parti yang dikaitkan dengan Kluster Mahkamah kerana kononnya mahu keadaan politik negara akan stabil jika BN memerintah walhal realitinya negara akan dirosakkan oleh mereka yang mencuri hasil kekayaan negara.

“Kalau ada orang fikir BN akan bawa kestabilan, itu salah sama sekali. Anda mesti pilih pemimpin yang anda percayai untuk menjaga negara dan negeri.

“Bagaimana anda boleh meletakkan orang dari kluster mahkamah, yang terlibat dalam banyak salah laku, yang korup, untuk menjaga negeri anda,” katanya lagi.

Kempen untuk PRN Johor bermula pada 26 Feb dan rakyat Johor akan keluar mengundi pada 12 Mac.

Berita berkaitan
Dua kem UMNO berbeza di Sabah, kumpulan pro Hajiji dan Bung Moktar
23 jam lalu· Politik
Dadah bernilai RM5.43 juta dilupus Polis Johor
November 27, 2023· Isu semasa
PAS bidas kenyataan biadab MP PKR dalam isu poligami, dakwa sentuh 3R
November 27, 2023· Politik
PAS gesa kerajaan batal penganjuran program ratu cantik pada Disember
November 24, 2023· Politik
Popular
Samsuri tak tolak anjur solat hajat berhubung tuntutan wang royalti
November 29, 2023
Dua kem UMNO berbeza di Sabah, kumpulan pro Hajiji dan Bung Moktar
November 29, 2023
Isu pertalian dengan komunis, tiga pemimpin DAP saman MP Kepala Batas
November 29, 2023
Kejatuhan ‘rating’ Anwar juga disumbang kegagalan Rafizi, kata penganalisis
November 25, 2023
Lagi Politik terkini
Isu pertalian dengan komunis, tiga pemimpin DAP saman MP Kepala Batas
14 jam lalu · Politik
Wahab sudah sahkan identiti ‘Mr H’ didakwa dalang rakaman tular
14 jam lalu · Politik
Samsuri tak tolak anjur solat hajat berhubung tuntutan wang royalti
23 jam lalu · Politik
Sesi perbahasan kecoh selepas Ahli Parlimen pertikai tiada menteri dalam dewan
November 27, 2023 · Politik
Imbuhan penjawat awam negeri diumum selepas PRK Kemaman: Ahmad Samsuri
November 27, 2023 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Agihan saksama kepada sekolah cina walaupun tak dihargai
5 jam lalu
[VIDEO] Sanusi konsisten salur peruntukan pembangkang Kedah sejak 2020
6 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok