Tajuddin mahu saman Khairul Azwan, beri tempoh seminggu

June 18, 2023 · Politik

Bekas Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman mahu menyaman Ketua UMNO Bahagian, Khairul Azwan Harun kerana membuat fitnah terhadapnya sehingga menjadi punca dikenakan tindakan sebelum ini.

Tajuddin memberi tempoh seminggu kepada Khairul Azwan yang menang pemilihan Ketua Bahagian Pasir Salak dalam pertandingan lalu dan menggantikan tempatnya supaya meminta maaf atau beliau akan mengambil tindakan undang-undang.

Jelasnya, Khairul Azwan memfitnah dirinya telah mensabotaj kempen bahagian itu pada Pilihan Raya Umum ke-15 tahun lalu.

“Saya telah melantik peguam untuk menulis surat kepada Azwan Bro (Khairul Azwan) dan kita beri tempoh seminggu buat kenyataan maaf secara terbuka.

“Dalam tempoh itu tidak tarik kenyataan dan minta maaf, saya akan mengarahkan peguam untuk mengambil tindakan undang-undang iaitu saman beliau,” katanya dipetik laporan media semasa sidang akhbar, hari ini.

Tajuddin juga berkata, beliau juga akan membuat aduan rasmi kepada Lembaga Disiplin UMNO.

Tajuddin menegaskan, fitnah merupakan satu kesalahan besar dan tidak boleh di terima oleh UMNO.

“Pihak Lembaga Disiplin mesti mengambil tindakan terhadapnya dan kita sedia kemukakan bukti,” katanya.

Tajuddin menafikan pernah bertindak untuk mensabotaj parti seperti yang didakwa malah beliau turut berusaha membantu parti sepanjang tempoh berkempen bagi memenangkan calon BN.

Beliau berkata, ramai yang menjadi saksi apa yang beliau telah lakukan sepanjang 14 hari berkempen dengan pergi ke pelosok kampung dan Pusat Daerah Mengundi (PDM).

Malah menurut Tajuddin, beliau secara peribadi telah membelanjakan lebih RM1 juta bagi melancarkan jentera pilihan raya UMNO.

“Apabila kalah, dia salahkan saya, cakap tidak sokong. Ini satu fitnah,” katanya.

Sebelum ini Khairul Azwan dilaporkan berkata, beliau mahu Majlis Tertinggi (MT) UMNO untuk tidak menerima rayuan penggantungan keahlian Tajuddin.

Beliau mendakwa bekas Ketua UMNO Bahagian Pasir Salak itu berterusan memburukkan kepimpinan parti.

Tajuddin pada 9 Jun lalu mendedahkan sudah menghantar tiga kali surat rayuan terhadap penggantungan keahliannya namun dipandang sepi.

Berita berkaitan
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024· Politik
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024· Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024· Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024· Politik
Popular
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024
PRU tak sesuai tahun ini, menteri PN perlu bertegas, kata Muhyiddin
October 4, 2022
Azmin dakwa rumah terbuka Aidilfitri Bersatu disekat kerajaan Selangor
April 18, 2024
Zahid kekal Presiden, cikgu boleh tarik nafas lega
January 16, 2023
Lagi Politik terkini
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
April 27, 2024 · Politik
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024 · Politik
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024 · Politik
Tengku Zafrul mohon kebenaran betulkan fakta Zahid dalam kes pengampunan Najib
April 22, 2024 · Politik
Kor Ming mahu UMNO bantu habis-habisan calon DAP di Kuala Kubu Bharu
April 22, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok