Suri rumah hangus RM110,556 terperdaya sindiket penipuan

June 4, 2023 · Isu semasa

Seorang suri rumah mendakwa kerugian RM110,556 selepas diperdayakan sindiket penipuan yang menawarkan pekerjaan sambilan menerusi aplikasi media sosial.

Ketua Polis Pahang Datuk Yahaya Othman berkata mangsa yang berusia 36 tahun mendakwa pautan iklan di Telegram pada 30 Mei lepas hanya memerlukan dia membuat tanda suka dan berkongsi video YouTube, menurut laporan Bernama.

“Mangsa berkata ditawarkan komisen antara 15 ke 20 peratus bagi melakukan lapan tugasan namun dia perlu membuat bayaran terlebih dahulu bagi mendapatkan pautan ke video terlibat.

“Tertarik dengan jumlah komisen menyebabkan mangsa mengeluarkan wang simpanan serta meminjam daripada rakan-rakan untuk membayar suspek,” katanya menerusi kenyataan di sini hari ini.

Yahaya berkata mangsa telah membuat 21 transaksi pemindahan wang secara dalam talian ke lima akaun diberikan suspek sebelum menyedari dirinya ditipu dan telah membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan semalam.

Yahaya menasihatkan orang awam agar tidak mudah terpedaya dengan tawaran iklan di media sosial terutamanya yang menawarkan keuntungan tinggi dan pekerjaan mudah.

Berita berkaitan
Minuman keras tak bercukai RM1.5 juta dirampas polis
12 jam lalu· Isu semasa
Suspek tikam isteri ditahan reman tujuh hari
19 jam lalu· Isu semasa
Kes bunuh: Lelaki tikam isteri sehingga mati serah diri kepada polis
September 30, 2023· Isu semasa
Larikan seorang penganggur, enam ditahan termasuk pegawai dan anggota polis
September 29, 2023· Isu semasa
Popular
Nilai ringgit jatuh, jangan salahkan rakyat kalau dilabel kerajaan gagal
October 1, 2023
Minuman keras tak bercukai RM1.5 juta dirampas polis
October 1, 2023
Larikan seorang penganggur, enam ditahan termasuk pegawai dan anggota polis
September 29, 2023
Mangsa banjir Kedah menurun kepada 114 orang
October 1, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Seorang warga Sri Lanka mati dalam lokap di Jinjang
12 jam lalu · Isu semasa
Mangsa banjir Kedah menurun kepada 114 orang
12 jam lalu · Isu semasa
Bajet 2024: Pemain industri perhotelan harap nilai ambang cukai SST dinaikkan
19 jam lalu · Isu semasa
Nilai ringgit jatuh, jangan salahkan rakyat kalau dilabel kerajaan gagal
19 jam lalu · Isu semasa
Stadium Shah Alam diroboh selewat-lewatnya pada November: Amirudin
September 30, 2023 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] DAP mahu kerajaan ‘brainwash’ penjawat awam sebab tak undi parti kerajaan
9 jam lalu
[VIDEO] PH hipokrit, menang undi bukan Melayu dengan janji palsu
12 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok