Sungai Klang dan Langat lepasi paras bahaya, perlu berjaga-jaga

October 12, 2022 · Isu semasa

Rekod laman sesawang InfoBanjir menunjukkan dua sungai utama di Lembah Klang sudah melepasi paras bahaya setakat pagi ini.

Bacaan meter di dua sungai tersebut, Sungai Klang dan Langat kini sudah naik ke paras bahaya susulan hujan lebat sejak pagi tadi yang berterusan selama beberapa jam.

Menurut laman sesawang InfoBanjir, bacaan paras air di Stesen Bandar Klang adalah 3.28 meter (bahaya) berbanding bacaan normal 2.2 m.

“Bagi Stesen RS Batu 8 Kuala Langat pula, bacaan air pada paras 2.35 m (bahaya) berbanding bacaan normal pada 0.1 m.

“Sementara itu, tiga stesen setakat ini berada pada status amaran iaitu Jeti Teluk Penyamun (Kuala Selangor), Pekan Beranang (Hulu Langat) dan Kampung Rantau Panjang (Klang).

“Bagi Stesen Kampung Salak Tinggi (Sepang), Stesen Kampung Melayu Subang (Petaling) dan Batu 9 (Hulu Langat) masing-masing mencatatkan bacaan di paras berjaga-jaga,” menurut laporan itu.

Sementara itu, Facebook rasmi Pejabat Daerah Tanah (PDT) Klang turut melaporkan perkembangan terkini dari semasa ke semasa susulan hujan lebat sejak pagi tadi.

“Orang ramai diminta berjaga-jaga dan melaporkan sebarang kejadian banjir kepada talian perhubungan bencana Daerah Klang 03-33716700, WhatsApp 010-8691067,” menurut laman itu.

Berita berkaitan
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024· Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024· Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024· Politik
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024· Politik
Popular
Dr. Sheikh Muszaphar kongsi cara didik anak
October 5, 2021
Usahawan PMKS, pekerja sokong syor Muhyiddin mudahkan bantuan
October 23, 2022
Kembalikan deria bau
November 9, 2021
Lelaki juga berisiko alami gangguan seksual
February 13, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok