SOSMA: Zahid cuba heret MP lain dalam berbalah dengan Fahmi Fadzil

March 26, 2022 · Isu semasa

Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi cuba mengheret sama beberapa pemimpin blok kerajaan dan pembangkang yang lain setelah kerajaan gagal mendapat sokongan Dewan Rakyat untuk melanjutkan penguatkuasaan Subseksyen 4(5) Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA), Rabu lalu.

Dalam kenyataan hari ini membidas Pengarah Komunikasi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Fahmi Fadzil yang menyalahkan UMNO kerana Ahli Parlimen (MP) parti itu tiada dalam Dewan Rakyat ketika undian dijalankan, Zahid turut mengaitkan beberapa nama lain yang juga tidak hadir.

Antara yang cuba diheret Zahid dalam perbalahan berhubung isu SOSMA itu ialah Presiden PAS Tan Sri Abdul Hadi Awang; Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Pengerusi PEJUANG Tun Dr Mahathir Mohamad.

“Kenapa tak salahkan presiden PAS, presiden BERSATU, Azmin Ali, Johari Abdul, Tun Mahathir yang tak hadir. Sungguh pelik. Semua diletak salah di bahu UMNO,” kata Zahid dalam kenyataan hari ini ketika menjawab komen Fahmi.

Untuk rekod semua nama yang diheret sama oleh Zahid itu tidak hadir pada sidang Dewan Rakyat, Rabu lalu, namun mereka tidak pula memberi ulasan atau mempertikaikan tindakan pembangkang menolak usul SOSMA berkenaan.

Sebaliknya, Zahid yang juga tidak hadir pada sidang itu bersama beberapa pemimpin UMNO lain, menghentam kerajaan dan pembangkang susulan kegagalan Dewan Rakyat meluluskan usul bagi melanjutkan penguatkuasaan SOSMA.

Berita berkaitan: SOSMA: MP UMNO sabotaj sidang Parlimen untuk tekan Ismail Sabri?

Sehari selepas usul itu ditolak dengan undi 84 menyokong dan 86 menentang, Zahid dengan lantang mengatakan memorandum persefahaman (MoU) itu ditandatangani antara Kerajaan Perikatan Nasional (PN) dan Pakatan Harapan (PH).

Antara yang disebut Zahid dalam kenyataan pada hari itu ialah:

“Ini kerana, jika kita merujuk kepada Memorandum Persefahaman antara pihak Kerajaan (Perikatan Nasional) dan pembangkang (Pakatan Harapan), Perkara 3 dengan jelas menegaskan bahawa pihak pembangkang hendaklah bersetuju, atau berkecuali, dalam apa-apa usul yang dibawa oleh Kerajaan.”

Zahid terus mengambil kesempatan untuk menempelak Kerajaan Keluarga Malaysia diterajui Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Demikian juga, Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hasan yang berpendirian bahawa MoU tersebut sebenarnya telah gagal berfungsi seperti yang di harapkan dan kerajaan yang terbentuk, bertahan dan berfungsi menggunakan mekanisme MoU adalah sangat berisiko.

Untuk rekod, MoU itu ditandatangani Ismail Sabri yang juga Naib Presiden UMNO dengan pimpinan kanan PH, termasuk cikgu kepada Zahid, Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 13 September 2021.

Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 atau SOSMA dikuatkuasakan bagi menyediakan langkah-langkah khas berkaitan kesalahan keselamatan bertujuan mengekalkan keamanan dan keselamatan negara.

Akta ini digubal bagi menggantikan Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 (ISA). Dewan Rakyat meluluskan akta itu pada 17 April 2012, mendapat perkenan Diraja pada 18 Jun dan diwartakan pada 22 Jun 2012.

Bagaimanapun, hari ini, Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin berkata mesyuarat Kabinet semalam telah membincangkan perkara itu dan mendapati Ahli-ahli Parlimen pembangkang tidak melanggar MoU yang dimeterai.

Mengulas lanjut isu itu, Zahid yang juga Ahli Parlimen Bagan Datuk berkata beliau dan MP yang lain cuba berbaik sangka bahawa PH tak akan bertindak sedemikian kerana terlalu percaya persefahaman bersama PH sudah diikat kemas.

“Tidak ada apa yang dirisaukan. Namun umpama harapkan pagar, maka makan padi. Harapkan sokongan PH, sokong membawa rebah. Itulah berlaku di Dewan Rakyat tempoh hari,” katanya.

Berita berkaitan: Kabinet kata pembangkang tak langgar MoU bila tolak SOSMA

Berita berkaitan
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024· Politik
Tengku Zafrul mohon kebenaran betulkan fakta Zahid dalam kes pengampunan Najib
April 22, 2024· Politik
Kor Ming mahu UMNO bantu habis-habisan calon DAP di Kuala Kubu Bharu
April 22, 2024· Politik
Ahli Parlimen blok kerajaan juga tak setuju cukai SST dinaikkan
March 5, 2024· Isu semasa
Popular
Kenapa generasi muda semakin hilang adab?
February 14, 2023
Helikopter terhempas di Bidor, juruterbang terbunuh: Polis
September 12, 2022
Kesan hapus subsidi, Bank Dunia jangka inflasi Malaysia naik 2.5 peratus
April 1, 2024
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok