Kabinet kata pembangkang tak langgar MoU bila tolak SOSMA

March 26, 2022 · Isu semasa

UMNO menerima tamparan apabila Kabinet berpendapat penolakan pembangkang terhadap usul melanjutkan penguatkuasaan Subseksyen 4(5) Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA),  tidak melanggar Memorandum Persefahaman (MoU) Transformasi dan Kestabilan Politik.

Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin berkata mesyuarat Kabinet semalam telah membincangkan perkara itu dan mendapati Ahli Parlimen pembangkang tidak melanggar MoU yang dimeterai antara kerajaan dengan Pakatan Harapan (PH) pada September tahun lalu.

“MoU hanya terpakai kepada undang-undang atau RUU (rang undang-undang) yang boleh menyebabkan hilang kepercayaan kepada kerajaan. Itu hanyalah sama ada RUU perbekalan yang lebih dikenali sebagai bajet atau usul tidak percaya kepada Perdana Menteri.

“Kalau undang-undang biasa macam usul SOSMA dan lain-lain, saya rasa tidak tertakluk kepada MoU sebab ia tidak bermaksud bahawa sudah hilang kepercayaan kepada kerajaan cuma tidak setuju dengan peruntukan SOSMA, itu saja. Bukan menentang kerajaan,” katanya hari ini.

Rabu lalu, Dewan Rakyat menolak usul melanjutkan tempoh kuat kuasa Subseksyen 4(5) SOSMA untuk lima tahun lagi, selepas keputusan undian belah bahagian menunjukkan hanya 84 Ahli Parlimen menyokong, manakala 86 Ahli Parlimen tidak menyokong, selain 50 Ahli Parlimen tidak hadir.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar pada Khamis dilaporkan berkata MoU antara kerajaan dengan PH belum terbatal berdasarkan klausa 4.1 dalam MoU itu yang memperuntukkan perjanjian itu tidak terus tamat jika usul kerajaan tidak disokong.

Setiausaha Agung DAP yang juga Ahli Parlimen Seremban Anthony Loke pula dilaporkan berkata tindakan pembangkang tidak menyokong usul SOSMA itu tiada kena-mengena dengan MoU, yang menurutnya dalam MoU itu terdapat dua perkara sahaja iaitu pembangkang akan menyokong dan berkecuali dalam bajet dan undi percaya kepada perdana menteri.

“Semua RUU dan usul lain perlu dirunding dan bebas untuk kami mengambil pendirian seperti dalam kes SOSMA ini tiada rundingan dibuat sebelum dibentang dan kita bebas mengambil pendirian kita,” kata Loke.

Mengulas lanjut, Khairy berkata beliau difahamkan oleh pihak pembangkang bahawa keputusan tidak menyokong usul SOSMA yang dibawa Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hamzah Zainudin itu tidak membawa maksud mereka hilang kepercayaan kepada Ismail Sabri.

“Pembangkang pun sebut tidak bermaksud bahawa mereka menarik sokongan kepada MoU dan bermaksud hilang kepercayaan kepada kerajaan. Ini hanya kerana mereka tidak setuju dengan usul SOSMA itu sendiri, pelanjutan peruntukan penahanan 28 hari tanpa bicara,” katanya.

Bagaimanapun, beberapa Ahli Parlimen yang tidak hadir di Dewan Rakyat ketika itu, termasuk Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi kemudiannya bertindak mengecam pembangkang selain cuba menunjukkan kelemahan kerajaan sedia ada.

Zahid dalam kenyataannya juga mengatakan MoU yang ditandatangani itu adalah antara Kerajaan Perikatan Nasional (PN) dan PH. Berita berkaitan

Antara yang disebut Zahid dalam kenyataan hari ini ialah:

“Ini kerana, jika kita merujuk kepada Memorandum Persefahaman antara pihak Kerajaan (Perikatan Nasional) dan pembangkang (Pakatan Harapan), Perkara 3 dengan jelas menegaskan bahawa pihak pembangkang hendaklah bersetuju, atau berkecuali, dalam apa-apa usul yang dibawa oleh Kerajaan.”

Sebaliknya umum mengetahui dan tercatat dalam sejarah negara, MoU itu ditandatangani Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang juga Naib Presiden UMNO bersama ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, Setiausaha Agung DAP ketika itu Lim Guan Eng, Presiden AMANAH Mohamad Sabu dan Presiden Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) Datuk Seri Wilfred Madius Tangau.

Berita berkaitan
Ahli Parlimen blok kerajaan juga tak setuju cukai SST dinaikkan
March 5, 2024· Isu semasa
Sekarang rakyat cakap balik kepada Tambun, ‘Hang yang tak reti jaga negeri’
March 5, 2024· Politik
DAP semakin berani disebabkan UMNO hanya ‘penumpang’ dalam kerajaan
February 13, 2024· Politik
Isu RM750 juta, PAS minta PMX beri penjelasan jangan melulu buat tuduhan
January 10, 2024· Politik
Popular
Hubungi 997 jika kena scam
October 14, 2022
Iklan ‘duit raya’ GDBET333 dinyahaktif
April 16, 2021
Jangan sewa akaun bank kepada scammer, elak jadi mangsa penipuan
September 20, 2021
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Lagi Isu semasa terkini
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Kesan hapus subsidi, Bank Dunia jangka inflasi Malaysia naik 2.5 peratus
April 1, 2024 · Isu semasa
Polis terima satu lagi laporan bom petrol dilempar ke KK Mart
March 30, 2024 · Isu semasa
Senjata api dimiliki warga Israel dibekal warga tempatan: Polis
March 30, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok