Soalan tumpuan di Dewan Rakyat minggu kelima

November 6, 2023 · Isu semasa

Memasuki minggu kelima, persidangan Dewan Rakyat hari ini antara lain bakal membincangkan hala tuju kerajaan berhubung sistem Pengecaman Frekuensi Radio (RFID) di semua lebuh raya di negara ini.

Menurut Aturan Urusan Mesyuarat di laman rasmi Parlimen, soalan itu dikemukakan Afnan Hamimi Taib Azamudden (PN-Alor Setar) kepada Menteri Kerja Raya yang juga ingin tahu usaha kementerian bagi menambah baik sistem kutipan tol untuk kelancaran pengguna lebuh raya pada sesi soal jawab, lapor Bernama.

Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail (PH-Bandar Tun Razak) pula meminta Menteri Sumber Manusia menyatakan langkah diambil bagi menangani isu ketidakpadanan kemahiran yang dikenal pasti sebagai faktor utama menghalang keupayaan sumber tenaga kerja untuk beralih kepada negara berpendapatan tinggi.

Pada sesi sama, Datuk Seri Saifuddin Abdullah (PN-Indera Mahkota) mahu Menteri Ekonomi menyatakan status pelaksanaan Rangka Tindakan Ekonomi Digital Malaysia (MyDIGITAL).

Selesai sesi itu, sidang Dewan Rakyat diteruskan dengan perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2024 di peringkat jawatankuasa selepas diluluskan di peringkat dasar Khamis lepas dengan lebih suara bersetuju.

Menurut takwim Parlimen, perbahasan rang undang-undang di peringkat jawatankuasa itu akan berlangsung selama 12 hari hingga 27 Nov depan.

Belanjawan 2024 bertemakan ‘Reformasi Ekonomi Memperkasa Rakyat’ yang dibentangkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim di Parlimen pada 13 Okt lepas melibatkan peruntukan RM393.8 bilion iaitu belanjawan tertinggi pernah dibentangkan dalam sejarah Malaysia.

Persidangan Dewan Rakyat kali ini berlangsung selama 32 hari mulai 9 Okt lepas.

Berita berkaitan
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Kementerian nafi SKMM digunakan untuk sekat kebebasan media
November 27, 2023· Isu semasa
Sesi perbahasan kecoh selepas Ahli Parlimen pertikai tiada menteri dalam dewan
November 27, 2023· Politik
MOF tak benarkan pengeluaran KWSP bersasar kerana jejas simpanan persaraan
November 24, 2023· Isu semasa
Popular
Kenapa generasi muda semakin hilang adab?
February 14, 2023
Jutawan rakan baik Anwar beli saham rangkaian hotel terkait Zahid
July 6, 2021
Kenapa lepasan SPM tidak minat ke IPT?
August 25, 2022
Edar dadah 23.5kg, tiga lelaki termasuk bergelar ‘Datuk’ didakwa
December 4, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Edar dadah 23.5kg, tiga lelaki termasuk bergelar ‘Datuk’ didakwa
17 jam lalu · Isu semasa
PRK Kemaman: Peratusan keluar mengundi setakat 4 petang sebanyak 60 peratus
December 2, 2023 · Isu semasa
Remaja cuba samun pemandu e-hailing didakwa esok
December 2, 2023 · Isu semasa
Dakwaan gangguan seksual dihadapi Wahab, polis akan panggil beberapa individu
December 2, 2023 · Isu semasa
Laporan Wahab dakwa Agus buat gangguan seksual disiasat polis
December 1, 2023 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Ucapan Tuan Guru Hadi di Grand Finale PRK Kemaman
December 2, 2023
[VIDEO] Ucapan Radzi Jidin di Grand Finale PRK Kemaman
December 2, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok