Situasi banjir bertambah baik, jumlah mangsa di PPS semakin kurang

January 6, 2022 · Isu semasa

Keadaan banjir secara keseluruhannya bertambah baik dengan jumlah mangsa di pusat pemindahan sementara (PPS) di empat negeri iaitu Pahang, Melaka, Sabah dan Negeri Sembilan mencatatkan penurunan malam ini.

Di PAHANG, Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri melaporkan jumlah mangsa banjir sedikit berkurangan setakat 8 malam dengan 933 orang masih ditempatkan di 27 PPS berbanding 954 di 29 PPS petang tadi yang melibatkan daerah Temerloh, Pekan, Maran, Bera dan Rompin.

Beberapa laluan masih ditutup antaranya Jalan Bohor Baru di Bera, Jalan Ibam-Kampung Aur (Rompin), Jalan Teluk Ganchong Lepar (Pekan) dan Jalan Serengkam (Maran), lapor Bernama

Laman sesawang publicinfobanjir.water.gov.my pula melaporkan aras air Sungai Bera dan Sungai Serting di Bera serta Sungai Pahang di Kuala Sungai Chini, Pekan kekal melepasi paras bahaya.

Di MELAKA, jumlah mangsa turut menyaksikan penurunan kepada 408 orang daripada 108 keluarga setakat 8 malam berbanding 418 orang daripada 111 keluarga pada 4 petang tadi.

Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia Melaka Leftenan Kolonel (PA) Cuthbert John Martin Quadra berkata kesemua mangsa yang terjejas adalah dari satu kawasan di Alor Gajah membabitkan Kampung Belimbing Dalam dan empat kawasan di Jasin iaitu Kampung Parit Penghulu Benteng, Kampung Lanchang, Kampung Tersusun Rambai Jaya dan Kampung Parit Putat Benteng.

Katanya banjir di Melaka Tengah pulih sepenuhnya apabila kesemua mangsa dibenarkan pulang ke rumah masing-masing hari ini.

Di SABAH, jumlah mangsa banjir berkurangan kepada 202 orang daripada 50 keluarga malam ini berbanding 281 orang daripada 63 keluarga petang tadi.

Dua lagi PPS ditutup masing-masing satu di Sandakan dan Paitan apabila kesemua mangsa banjir dibenarkan pulang ke rumah mereka.

Penutupan itu menyaksikan sebanyak 23 PPS ditutup di Sabah setakat malam ini termasuk di Kota Marudu, Pitas, Telupid dan Beluran.

Setakat malam ini, seramai 182 orang daripada 46 keluarga berada di enam PPS di Telupid manakala satu PPS di Paitan menempatkan 20 orang daripada empat keluarga.

Di NEGERI SEMBILAN, jumlah mangsa banjir juga menyaksikan penurunan setakat 8 malam berdasarkan laporan aplikasi InfoBencana Jabatan Kebajikan Masyarakat dengan 69 individu membabitkan 17 keluarga di tiga PPS berbanding 221 individu daripada 59 keluarga petang tadi.

Di JOHOR, PPS terakhir di Mersing ditutup sekali gus menjadikan hanya empat daerah terjejas akibat banjir.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar Johor R. Vidyananthan berkata bagaimanapun, jumlah mangsa sedikit meningkat kepada 4,065 orang setakat 8 malam ini berbanding 3,985 petang tadi.

“Segamat masih mencatatkan jumlah mangsa tertinggi iaitu 2,464 orang diikuti Muar (809), Tangkak (739) dan Batu Pahat (53),” menurutnya dalam kenyataan.

Beliau juga berkata Sungai Muar di Buloh Kasap, Segamat; Sungai Muar di Kampung Olak Sepam, Muar; Sungai Muar di Panchor, Muar dan Sungai Gemas di Muara Sungai Gemas, Segamat yang masih berada pada paras bahaya menunjukkan trend penurunan.

Katanya bagaimanapun, Sungai Muar di Bukit Kepong, Muar yang berada pada paras bahaya mengalami trend peningkatan manakala Sungai Plentong, Johor Bahru yang juga di paras bahaya kini dalam keadaan statik.

Berita berkaitan
278 mangsa banjir di tiga negeri masih ditempatkan di PPS
January 17, 2024· Isu semasa
Banjir Kelantan: Penduduk di Kuala Krai terputus hubungan, jalan tenggelam
December 27, 2023· Isu semasa
Banjir: Kelantan dan Perak catat peningkatan mangsa dipindahkan
December 17, 2023· Isu semasa
Banjir di Johor: 538 orang dipindahkan ke PPS, paras sungai naik
December 1, 2023· Isu semasa
Popular
Doktor sertai mogok umum tak beretika, moral rendah
July 26, 2021
Selesaikan isu harga makanan di kantin, jangan ikut formula Rafizi
January 9, 2023
Harga roti Gardenia naik 1 Disember
November 25, 2021
PN akan terus desak caruman KWSP bersasar dibenarkan
March 16, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok