Banjir di Johor: 538 orang dipindahkan ke PPS, paras sungai naik

December 1, 2023 · Isu semasa

Hujan lebat sejak malam tadi menyebabkan lima kampung di daerah ini dilanda banjir dengan beberapa sungai berada pada paras bahaya dan waspada.

Berikutan itu, sejumlah 538 orang daripada 158 keluarga di lima kampung terlibat kini ditempatkan di dua pusat pemindahan sementara (PPS) apabila rumah mereka dinaiki air, lapor Bernama.

Kampung berkenaan ialah Kampung Paya Kenangan, Kampung Pasir Tebrau, Kampung Kangkar Tebrau, Kampung Sentosa Damai dan Kampung Sentosa Barat.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) dalam kenyataannya memaklumkan PPS di Dewan Muafakat Kampung Cahaya Baru dan Sekolah Kebangsaan (SK) Bukit Mutiara masing-masing dibuka pada 8 pagi dan 10 pagi.

Menurut kenyataan itu, setakat 12 tengah hari ini sebanyak 311 mangsa daripada 78 keluarga dari Kampung Paya Kenangan, Kampung Pasir Tebrau dan Kampung Kangkar Tebrau ditempatkan di PPS SK Bukit Mutiara.

PPS Dewan Muafakat Kampung Cahaya Baru pula menempatkan 227 mangsa daripada 80 keluarga dari Kampung Sentosa Damai dan Kampung Sentosa Barat.

Sementara itu, JPBN memaklumkan Sungai Skudai di Kampung Laut dan Parit Keliling di Kampung Pasir, di sini berada pada paras waspada masing-masing dengan bacaan 2.55 meter (m) dan 0.29m.

Sungai Siku di Kampung Murni Jaya dekat Kulai, pula mencatat paras bahaya dengan bacaan 17.88m dan Sungai Muar di Kampung
Awat pula pada tahap waspada iaitu 8.03m.

Berita berkaitan
278 mangsa banjir di tiga negeri masih ditempatkan di PPS
January 17, 2024· Isu semasa
Banjir: Kelantan dan Perak catat peningkatan mangsa dipindahkan
December 17, 2023· Isu semasa
Mangsa banjir di Terengganu, Kelantan kekal setakat pagi ini
November 29, 2023· Isu semasa
Mangsa banjir di tiga negeri sedikit menurun setakat malam ini
November 27, 2023· Isu semasa
Popular
Kembalikan deria bau
November 9, 2021
Kenapa harga ayam meningkat?
May 26, 2022
Lelaki juga berisiko alami gangguan seksual
February 13, 2023
43,508 pengundi baharu didaftarkan, semakan bermula hari ini: SPR
September 15, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok