Sistem pengundian elektronik sedang dikaji SPR: Wan Junaidi

July 18, 2022 · Isu semasa

Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar memberitahu Dewan Rakyat hari ini pihak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) ketika ini diperingkat kajian untuk melaksanakan sistem pengundian secara elektronik.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang) berkata pelaksanaan sistem itu akan membolehkan pengundi menjalankan tanggungjawab mereka walaupun berada di luar kawasan selain berpeluang menjalankan tanggungjawab mereka tanpa mengganggu tugas mereka.

“Ramai orang Sabah dan Sarawak berada di Semenanjung, begitu juga sebaliknya yang sepatutnya diberi peluang mengundi tanpa mengganggu tugas mereka, malah mereka boleh mengundi di tempat mereka berada.

“Ia dalam kajian SPR mengenai mekanismenya,” katanya dipetik laporan BH.

Wan Junaidi memberi jawapan kepada soalan tambahan Dr Kelvin Yii Lee Wuen (PH-Bandar Kuching) pada sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat.

Kelvin Yii ingin tahu sama ada kerajaan bersedia meminda akta sedia ada bagi membolehkan pengundi muda mengundi dari universiti atau kolej mereka bagi meningkatkan peratusan mengundi dalam kalangan golongan terbabit.

Pada masa sama, Wan Junaidi berkata, kajian mendalam perlu dilaksanakan bagi mewajibkan pengundian dalam kalangan rakyat berusia 18 tahun ke atas kerana ia membabitkan banyak implikasi.

Beliau berkata, kaedah itu mungkin boleh dilaksanakan di kawasan bandar, namun ia boleh menyebabkan implikasi lain jika diwajibkan buat pengundi luar bandar.

Selain itu, katanya, kerajaan belum bercadang memasukkan silibus mengenai subjek politik dalam pendidikan sekolah menengah, sebaliknya melaksanakan program ke sekolah dan universiti bagi memberi maklumat mengenai tanggungjawab mereka sebagai pengundi.

Berita berkaitan
Ahli Parlimen blok kerajaan juga tak setuju cukai SST dinaikkan
March 5, 2024· Isu semasa
Anwar patut jawab kejatuhan ringgit bukan orang lain, kata Ahli Parlimen
March 5, 2024· Politik
Dewan Rakyat: Usul gantung Wan Saiful ditarik balik
March 5, 2024· Politik
Sekarang rakyat cakap balik kepada Tambun, ‘Hang yang tak reti jaga negeri’
March 5, 2024· Politik
Popular
KKM sahkan bantu WHO kaji tiga jenis ubat rawat Covid-19
August 13, 2021
Skandal LCS: TLDM kalah bertempur sejak awal, kata bekas panglima
August 15, 2022
Dr. Sheikh Muszaphar kongsi cara didik anak
October 5, 2021
Usahawan PMKS, pekerja sokong syor Muhyiddin mudahkan bantuan
October 23, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok