Sindiket mata wang kripto RM50 juta lebih ditumpaskan

November 4, 2023 · Isu semasa

Polis menahan 40 individu dan berjaya menumpaskan sindiket pelaburan mata wang kripto membabitkan kerugian lebih RM50 juta.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata tangkapan membabitkan 31 lelaki dan sembilan wanita berusia antara 20 dan 55 tahun itu dibuat dalam operasi di seluruh negara pada 29 hingga 31 Okt lepas, lapor Bernama.

Beliau berkata daripada jumlah yang ditahan, 38 merupakan pemilik perniagaan, pengarah syarikat dan setiausaha syarikat manakala masing-masing seorang pegawai bank dan ejen pencari keldai akaun.

“Operasi ini dijalankan selepas polis menerima 76 laporan daripada mangsa skim pelaburan berkenaan yang membabitkan kerugian berjumlah RM50,620,880.29.

“Mangsa yang berusia antara 22 hingga 81 tahun itu kebanyakannya terdiri daripada golongan pesara dan ahli perniagaan,” katanya pada sidang media khas di sini hari ini.

Ramli berkata modus operandi sindiket berkenaan adalah menawarkan pelaburan mata wang kripto dengan keuntungan tinggi dalam masa singkat.

“Pelabur diberikan akses untuk memantau aktiviti urus niaga mata wang kripto berkenaan dalam akaun yang didaftar di bawah nama pelabur, namun wang berkenaan tidak boleh dibawa keluar,” katanya.

Beliau berkata dalam operasi berkenaan, pihaknya turut mengesan trend baharu sindiket penipuan itu yang menggunakan syarikat dan perniagaan yang didaftarkan bertujuan untuk dijadikan keldai akaun.

“Setakat ini, kami mengesan sejumlah 63 akaun bank yang digunakan oleh sindiket ini melibatkan 51 syarikat. Kami percaya syarikat dan perniagaan ini didaftarkan semata-mata untuk pengoperasian skim penipuan ini,” katanya.

Menurut Ramli, sindiket itu akan mendekati individu yang mempunyai masalah kewangan atau individu gelandangan untuk menggunakan nama mereka bagi menubuhkan syarikat dan kemudian membuka akaun syarikat.

“Mereka ini akan diberikan ganjaran secara sekali gus atau secara bulanan. Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu,” katanya.

Berita berkaitan
Pengurus syarikat kerugian hampir RM80,000 ditipu pelaburan dalam talian
November 24, 2023· Isu semasa
Scam pelaburan Forex: Polis tahan 58 individu
October 20, 2023· Isu semasa
Ditipu pelaburan tak wujud, juruaudit rugi RM1.48 juta
October 12, 2023· Isu semasa
Anwar kata lawatan ke UAE berjaya, sangat bangga
October 7, 2023· Isu semasa
Popular
Mahkamah benarkan pasport Muhyiddin dipulangkan untuk sementara
November 29, 2023
Sirul dipakaikan peranti pemantauan: Laporan
November 29, 2023
Kes empat beradik ditinggalkan, dua individu ditahan dipercaya ibu bapa
November 29, 2023
Mahkamah tolak permohonan penghakiman terus syarikat barang kemas terhadap Rosmah
November 29, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Mahkamah benarkan pasport Muhyiddin dipulangkan untuk sementara
5 jam lalu · Isu semasa
Mangsa banjir di Terengganu, Kelantan kekal setakat pagi ini
5 jam lalu · Isu semasa
Sirul dipakaikan peranti pemantauan: Laporan
6 jam lalu · Isu semasa
Mahkamah tolak permohonan penghakiman terus syarikat barang kemas terhadap Rosmah
6 jam lalu · Isu semasa
Kes empat beradik ditinggalkan, dua individu ditahan dipercaya ibu bapa
7 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Rakyat Terengganu bersama PN walaupun dizalim peruntukan, royalti minyak
7 jam lalu
[VIDEO] Sokongan pengundi bukan Melayu terhadap Dr Sam meningkat
8 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok