Ditipu pelaburan tak wujud, juruaudit rugi RM1.48 juta

October 12, 2023 · Isu semasa

Seorang juruaudit sebuah syarikat swasta di Sungai Bakap mendakwa kerugian RM1.48 juta selepas diperdaya sindiket pelaburan tidak wujud.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan Supt Ng Ah Thiam berkata wanita berusia 43 tahun itu tertarik untuk menyertai pelaburan berpangkalan di New York, Amerika Syarikat berkenaan selepas melihat iklan menerusi Facebook pada 2 Mei lepas, lapor Bernama.

Beliau berkata mangsa kemudian mengikuti pautan iklan tersebut dan seterusnya diberikan penerangan mengenai pelaburan saham yang ditawarkan.

“Mangsa yang berminat menyertai pelaburan terbabit telah melakukan transaksi pembayaran berjumlah RM1.48 juta ke dalam beberapa akaun yang diberikan sindiket.

“Selepas wang dimasukkan, mangsa tidak mendapat keuntungan seperti dijanjikan, malah dipaksa menambah pelaburan lagi kononnya bagi membolehkan pengeluaran wang dibuat,” katanya dalam kenyataan.

Ng berkata wanita itu menyedari dirinya ditipu lalu membuat laporan polis pada Isnin lepas.

Beliau berkata kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.

Justeru, Ng menasihatkan orang ramai supaya tidak mempercayai sebarang bentuk pelaburan yang menjanjikan pulangan lumayan menerusi media sosial.

Berita berkaitan
Pengurus syarikat kerugian hampir RM80,000 ditipu pelaburan dalam talian
November 24, 2023· Isu semasa
Sindiket mata wang kripto RM50 juta lebih ditumpaskan
November 4, 2023· Isu semasa
Lelaki intai wanita di tandas pasar raya ditahan polis
October 23, 2023· Isu semasa
Pemuda MCA gesa kerajaan tangani kos sara hidup, syor perkenal GST
October 21, 2023· Politik
Popular
Kenapa generasi muda semakin hilang adab?
February 14, 2023
Edar dadah 23.5kg, tiga lelaki termasuk bergelar ‘Datuk’ didakwa
December 4, 2023
Kenapa lepasan SPM tidak minat ke IPT?
August 25, 2022
Jangan makan, merokok sebelum ujian kendiri RTK Antigen: Pakar
March 5, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Edar dadah 23.5kg, tiga lelaki termasuk bergelar ‘Datuk’ didakwa
16 jam lalu · Isu semasa
PRK Kemaman: Peratusan keluar mengundi setakat 4 petang sebanyak 60 peratus
December 2, 2023 · Isu semasa
Remaja cuba samun pemandu e-hailing didakwa esok
December 2, 2023 · Isu semasa
Dakwaan gangguan seksual dihadapi Wahab, polis akan panggil beberapa individu
December 2, 2023 · Isu semasa
Laporan Wahab dakwa Agus buat gangguan seksual disiasat polis
December 1, 2023 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Ucapan Tuan Guru Hadi di Grand Finale PRK Kemaman
December 2, 2023
[VIDEO] Ucapan Radzi Jidin di Grand Finale PRK Kemaman
December 2, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok