Pengurus syarikat kerugian hampir RM80,000 ditipu pelaburan dalam talian

November 24, 2023 · Isu semasa

Seorang pengurus syarikat berusia 40-an di Sibu kerugian RM79,572 selepas terpedaya dengan tawaran pelaburan dalam talian yang kononnya beroperasi di Singapura.

Mangsa yang menaruh minat dalam pelaburan mula terjerat apabila menekan pautan yang diiklankan menerusi laman sosial Instagram pada 3 Sept lepas sebelum berhubung dengan seorang ejen pelaburan sebuah syarikat pengurusan pelaburan di Singapura bernama Lily Tan yang memberikan pautan melalui aplikasi WhatsApp, lapor Bernama.

“Pautan itu diberikan bagi tujuan kehadiran secara dalam talian dan untuk memperoleh mata daripada syarikat,” kata Ketua Polis Daerah Sibu ACP Zulkipli Suhaili dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata mangsa telah diarahkan untuk memuat turun aplikasi FTSE VIP bagi memudahkan kemasukan mata bonus dan sebaik sahaja mendaftar masuk, mangsa telah menerima kemasukan sebanyak 13 mata bonus yang bernilai RM542.

Selepas mendapat mata bonus yang cukup banyak itu, katanya mangsa menghubungi pengurus syarikat terbabit pada 24 Okt untuk urusan pelaburan ke peringkat seterusnya bagi memperoleh mata bonus yang lebih besar.

Zulkipli berkata mangsa kemudiannya diberikan dua nombor akaun atas nama sebuah syarikat terbabit sebelum membuat 11 transaksi dari 24 Okt hingga 20 Nov berjumlah RM94,600 dan mendapat pulangan sebanyak RM15,028.

“Pada 22 Nov lepas, mangsa telah menerima pesanan WhatsApp daripada suspek yang meminta beliau membuat pembayaran lebih kurang RM50,000 bagi tujuan menambah jumlah pelaburan.

“Bagaimanapun, mangsa berasa curiga dan telah membuat semakan melalui laman CCID dan mendapati akaun bank itu mempunyai rekod laporan polis,” katanya.

Beliau berkata mangsa yang berasa tertipu membuat laporan polis di Bahagian Siasatan Jenayah Komersial Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sibu semalam.

Zulkipli menasihati orang ramai supaya membuat semakan dahulu dengan Pusat Respons Scam Kebangsaan (NSRC) melalui talian 997 atau mengikuti laman Facebook @CyberCrimeAlertRMP @JSJKPDRM sebelum membuat sebarang pelaburan dalam talian bagi mengelak menjadi mangsa penipuan.

Selain itu, orang ramai dinasihatkan untuk berhati-hati dengan tawaran keuntungan atau pulangan yang tinggi dan menyemak status sesuatu pelaburan dengan Bank Negara Malaysia terlebih dahulu agar tidak terpedaya, selain membuat semakan pengesahan akaun bank dan nombor telefon yang diragui melalui laman sesawang http://ccid.rmp.gov.my/semakmule.

Berita berkaitan
Polis terima satu lagi laporan bom petrol dilempar ke KK Mart
March 30, 2024· Isu semasa
Senjata api dimiliki warga Israel dibekal warga tempatan: Polis
March 30, 2024· Isu semasa
Kata masuk pelaburan berbilion, Rafidah terkejut kilang tayar tutup
March 7, 2024· Isu semasa
Polis segerakan siasatan dalam kes langgar pelajar sehingga maut
December 16, 2023· Isu semasa
Popular
Minyak botol vs minyak peket
July 20, 2022
Sanusi mohon perintah mahkamah tentukan skop pengampunan Anwar
June 9, 2023
4,053 doktor kontrak dilantik ke jawatan tetap: Menteri Kesihatan
August 16, 2022
‘Terengganu Menangis’: 26 hadir kenduri terjangkit Covid-19
April 16, 2021
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok