Seorang warga Sri Lanka mati dalam lokap di Jinjang

October 1, 2023 · Isu semasa

Seorang warga Sri Lanka yang ditahan bagi membantu kes bunuh rakan senegara, meninggal dunia malam tadi di lokap berpusat Jinjang Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul, di sini malam tadi.

Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard Bukit Aman Datuk Seri Azri Ahmad berkata lelaki berusia 43 tahun itu mengadu sakit di bahagian dada pada 11 malam dan pihak polis segera menghubungi Hospital Kuala Lumpur (HKL), lapor Bernama.

“Penolong pegawai perubatan HKL telah hadir bagi memberi rawatan awal dan mengesahkan kematian tahanan tersebut,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Katanya bedah siasat akan dijalankan di HKL bagi menentukan punca kematian dan jabatan beliau akan menjalankan siasatan berkaitan kematian itu.

Difahamkan tahanan tersebut ditangkap 23 Sept lepas bagi membantu siasatan kes bunuh tiga warga senegara di sebuah rumah kedai di Jalan Perhentian Kampung Kovil Hilir, Sentul, di sini pada 22 Sept.

Berita berkaitan
Kerajaan tak mansuh SOSMA, tambahbaik kebenaran ikat jamin
August 23, 2023· Isu semasa
Individu doa kematian Hadi dan Dr M tiada kaitan dengan saya: Shamsul Iskandar
July 2, 2023· Politik
Kes Adib: 17 lelaki terlibat dalam rusuhan kuil dibebaskan
June 27, 2023· Isu semasa
Pakistan berdarah, internet disekat susulan protes jalanan
May 11, 2023· Dunia
Popular
Yasin bebas pertuduhan kes dadah, diarah ke Hospital Bahagia
November 29, 2023
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023
Kes bunuh teman wanita: Pemandu lori dipenjara 35 tahun, 12 sebatan
November 29, 2023
Sirul dipakaikan peranti pemantauan: Laporan
November 29, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
5 jam lalu · Isu semasa
Kes bunuh teman wanita: Pemandu lori dipenjara 35 tahun, 12 sebatan
November 29, 2023 · Isu semasa
Yasin bebas pertuduhan kes dadah, diarah ke Hospital Bahagia
November 29, 2023 · Isu semasa
Mahkamah benarkan pasport Muhyiddin dipulangkan untuk sementara
November 29, 2023 · Isu semasa
Mangsa banjir di Terengganu, Kelantan kekal setakat pagi ini
November 29, 2023 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] ‘Permainan’ pegawai politik punca kerajaan 22 bulan tumbang
2 jam lalu
[VIDEO] Belanjawan 2024 paling pantas diluluskan DUN Kedah, kata Sanusi
2 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok