Kerajaan tak mansuh SOSMA, tambahbaik kebenaran ikat jamin

August 23, 2023 · Isu semasa

Peruntukan membenarkan ikat jamin sementara menunggu perbicaraan selesai bagi tahanan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) adalah antara syor utama yang sedang diteliti untuk menambah baik akta itu.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Ramkarpal Singh ketika ditanya mengenai perkembangan SOSMA berkata usaha meneliti penambahbaikan SOSMA hampir selesai, menurut laporan Bernama.

Menurutnya, beberapa sesi libat urus bersama pihak berkepentingan antaranya Kementerian Dalam Negeri, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Peguam Negara dan ahli keluarga tahanan SOSMA telah diadakan dan syor-syor yang diterima akan dibentangkan kepada Jemaah Menteri dalam masa terdekat.

“Syor menjamin (ikat jamin tahanan) adalah isu yang kami sedang teliti sekarang. Pemansuhan (akta) tiada dalam perancangan tetapi kami sedang meneliti penambahbaikan,” katanya kepada pemberita selepas menyertai aktiviti brisk walk merdeka anjuran agensi portfolio undang-undang dan reformasi institusi di sini hari ini.

Pada masa ini, seseorang yang dituduh di bawah SOSMA tidak boleh dijamin kecuali kanak-kanak berusia bawah 18 tahun, seorang wanita atau seorang yang sakit atau uzur tertakluk kepada budi bicara mahkamah.

Ramkarpal berkata kesemua penambahbaikan SOSMA akan dilaksanakan secara berperingkat.

Pada Februari lepas, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata Kerajaan Perpaduan tidak berhasrat memansuhkan akta berkenaan namun akan melaksanakan penambahbaikan.

Menurut Saifuddin Nasution, ia disebabkan PDRM masih memerlukan undang-undang berkenaan agar tindakan segera boleh diambil untuk mengelakkan sebarang kegentaran awam dan ancaman kepada kedaulatan negara dan kesejahteraan rakyat.

Terdahulu dalam ucapannya, Ramkarpal menyeru warga Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang (BHEUU) agar terus memperkukuhkan ikatan persaudaraan dan saling menghormati selaras dengan konsep Malaysia MADANI yang menekankan elemen perpaduan.

Sempena Hari Kebangsaan ke-66, BHEUU telah menyusun beberapa aktiviti antaranya majlis mengibarkan Jalur Gemilang, ceramah kemerdekaan dan lawatan ke Memorial Pengisytiharan Kemerdekaan, Melaka.

Berita berkaitan
Seorang warga Sri Lanka mati dalam lokap di Jinjang
October 1, 2023· Isu semasa
Tamatkan mogok lapar, Ramkarpal beritahu keluarga tahanan SOSMA
August 1, 2023· Uncategorized
Pemansuhan hukuman mati mandatori kuat kuasa hari ini
July 4, 2023· Isu semasa
Dewan Negara: 31,140 belia bawah 35 tahun bankrap sejak 2014
June 26, 2023· Isu semasa
Popular
Kos tunai haji dijangka naik 11 peratus tahun depan: TH
October 2, 2023
PMX kata akan umum berita baik pada Khamis selepas lawatan ke UAE
October 3, 2023
Minyak masak paket hanya boleh dijual kepada mereka ada ID khas: Fuziah
October 2, 2023
Seorang warga Sri Lanka mati dalam lokap di Jinjang
October 1, 2023
Lagi Isu semasa terkini
PMX kata akan umum berita baik pada Khamis selepas lawatan ke UAE
2 jam lalu · Isu semasa
Kos tunai haji dijangka naik 11 peratus tahun depan: TH
15 jam lalu · Isu semasa
Kerajaan sedaya upaya tangani isu bekalan beras, kata PMX
15 jam lalu · Isu semasa
Ringgit jatuh lagi kepada RM4.72 berbanding dolar
15 jam lalu · Isu semasa
Pelabur asing jadi penjual bersih minggu lepas, bernilai RM44.7 juta
21 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] DAP mahu kerajaan ‘brainwash’ penjawat awam sebab tak undi parti kerajaan
October 2, 2023
[VIDEO] PH hipokrit, menang undi bukan Melayu dengan janji palsu
October 1, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok