Tamatkan mogok lapar, Ramkarpal beritahu keluarga tahanan SOSMA

August 1, 2023 · Uncategorized

Kerajaan meminta ahli keluarga tahanan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (SOSMA) menamatkan mogok lapar yang sedang dilakukan di pekarangan Penjara Sungai Buloh, Selangor.

Timbalan Menteri di Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Ramkarpal Singh berkata cadangan penambahbaikan akta tersebut sedang diteliti bersama Kementerian Dalam Negeri, Polis Diraja Malaysia dan Jabatan Peguam Negara.

Katanya, usaha-usaha meneliti penambahbaikan kepada SOSMA 2012 itu mengikut kesesuaian semasa dan ia sedang berjalan.

“Saya yakin syor-syor berhubung cadangan penambahbaikan ini akan diangkat untuk pertimbangan kerajaan dalam masa terdekat.

“Sehubungan itu, saya memohon kepada kesemua ahli keluarga tahanan di bawah SOSMA 2012 yang sedang melakukan tindakan mogok lapar ini untuk terus bersabar dan menamatkan tindakan tersebut.

“Sementara proses reformasi undang-undang berjalan dan demi kanak-kanak kecil yang kelihatan hadir bersama di luar pekarangan Penjara Sungai Buloh,” katanya dalam kenyataan, hari ini, lapor Kosmo.

Sebelum ini, media melaporkan keluarga kepada 69 tahanan SOSMA melancarkan mogok lapar di hadapan Penjara Sungai Buloh bermula semalam.

Manakala 34 banduan SOSMA di Sungai Buloh memulakan mogok lapar pada Ahad lalu dan diikuti ahli keluarga tahanan sehari selepas itu.

Ramkarpal berkata dalam melaksanakan proses reformasi undang-undang itu, sesi-sesi libat urus yang dipengerusikannya sejak Februari lalu diadakan bersama pihak-pihak berkepentingan termasuk beberapa ahli keluarga tahanan akta itu yang sedang mogok lapar ketika ini.

Jelasnya, sebanyak 12 sesi libat urus melalui enam fasa yang merangkumi semua pihak berkepentingan diadakan sehingga hari ini di seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak bagi mendapatkan perspektif holistik memandangkan undang-undang ini membawa kesan kepada semua pihak berkepentingan terlibat.

“Ini terutamanya untuk memahami bagaimana SOSMA 2012 memberikan kesan kepada kehidupan seharian ahli-ahli keluarga tahanan di bawah undang-undang tersebut.

“Cadangan penambahbaikkan kepada SOSMA 2012 yang diteliti pada masa ini sedang mengambil kira hasil daripada dapatan kesemua sesi libat urus di atas bagi memastikan penambaikkan yang dicadangkan adalah sesuai dengan keadaan semasa,” katanya.

Berita berkaitan
Langkah pengapungan akan jadikan harga ayam lebih murah: Menteri
October 31, 2023· Isu semasa
TV Pertiwi akan diambil tindakan selepas keluar kenyataan: SKMM
August 27, 2023· Isu semasa
Kerajaan tak mansuh SOSMA, tambahbaik kebenaran ikat jamin
August 23, 2023· Isu semasa
Pemansuhan hukuman mati mandatori kuat kuasa hari ini
July 4, 2023· Isu semasa
Popular

Sorry. No data so far.

Lagi Uncategorized terkini
Rayuan pemuda bakar sekolah tahfiz ditolak mahkamah
September 11, 2023 · Uncategorized
Mayat ditemui dalam lori di Danau Kota, dua lelaki ditahan
September 10, 2023 · Uncategorized
Tahan ‘Datuk Malik’, SPRM sita RM38 juta tunai, 200kg emas, 17 kereta mewah
July 26, 2023 · Uncategorized
Amaran pulang harta curi, Anwar salah guna kuasa : peguam
July 26, 2023 · Uncategorized
Lepas UAI, Ustaz Dusuki pula diarah batalkan kuliah agama
July 14, 2023 · Uncategorized
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok