Tahan ‘Datuk Malik’, SPRM sita RM38 juta tunai, 200kg emas, 17 kereta mewah

July 26, 2023 · Uncategorized

Wang tunai sekitar RM38 juta, emas dianggarkan 200 kilogram yang bernilai RM60 juta serta 17 buah kereta mewah disita dalam satu operasi diketuai oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Ia susulan penahanan seorang ahli perniagaan dan sekutunya dalam serbuan serentak dilakukan Pasukan Petugas Agensi-Agensi Penguatkuasa Malaysia – Multi Agency Task Force (MATF) di 34 lokasi di Kuala Lumpur dan Selangor sejak Isnin lalu.

Ahli perniagaan, Datuk Abdul Malik Dasthigee atau lebih dikenali sebagai ‘Datuk Malik’ ditahan SPRM pagi semalam mengikut Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (Amla).

Namun beliau dibebaskan tengah hari tadi menurut sumber SPRM, lapor FMT.

Malik yang juga pengasas dan pengerusi Malik Group of Companies, terkenal membawa artis dari India untuk membuat persembahan konsert Tamil di Malaysia.

Malik Group of Companies terdiri daripada Malik Streams Corporation Sdn Bhd, Malik Maju Sdn Bhd, Malik Streams Properties Sdn Bhd, Malik Streams Antenna Movies Sdn Bhd dan Malik Streams Production & Distribution.

Operasi yang pertama kali dijalankan itu dilaksanakkan dengan kerjasama enam agensi penguatkuasaan lain, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM), Bank Negara Malaysia (BNM), Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan Cyber Security Malaysia (CSM).

Berita berkaitan
Isteri Tun Daim cabar kesahihan pertuduhan SPRM di Mahkamah Tinggi
March 5, 2024· Isu semasa
Jangan jadi ‘orang suruhan’ untuk kepentingan pihak tertentu, kata MB Kedah
January 8, 2024· Berita
Ahli perniagaan didakwa guna gelaran Dato Sri palsu
January 5, 2024· Isu semasa
1MDB: SPRM tak teruskan permohonan dapatkan dokumen dari peguam
December 5, 2023· Isu semasa
Popular

Sorry. No data so far.

Lagi Uncategorized terkini
Rayuan pemuda bakar sekolah tahfiz ditolak mahkamah
September 11, 2023 · Uncategorized
Mayat ditemui dalam lori di Danau Kota, dua lelaki ditahan
September 10, 2023 · Uncategorized
Tamatkan mogok lapar, Ramkarpal beritahu keluarga tahanan SOSMA
August 1, 2023 · Uncategorized
Amaran pulang harta curi, Anwar salah guna kuasa : peguam
July 26, 2023 · Uncategorized
Lepas UAI, Ustaz Dusuki pula diarah batalkan kuliah agama
July 14, 2023 · Uncategorized
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok