Amaran pulang harta curi, Anwar salah guna kuasa : peguam

July 26, 2023 · Uncategorized

Seorang peguam menyifatkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mencabul kedaulatan undang-undang melalui amaran dibuat terhadap seorang pemimpin yang tidak dinamakan agar memulangkan harta rakyat yang dicuri jika tidak mahu tindakan diambil.

Peguam kanan, Mohamed Haniff Khatri Abdulla berkata mana-mana pemimpin kerajaan tidak boleh memberi arahan kepada pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan.

Jelasnya, mana-mana perbuatan jenayah tidak boleh diselesaikan di luar mahkamah dan mesti dituduh di mahkamah.

“Anda (Anwar) telah mencabul prinsip kedaulatan undang-undang dari kedua-dua segi. Pertama dengan ketidakfahaman anda bahawa jenayah tidak boleh diselesaikan di luar mahkamah seperti kes sivil.

“Ya, jika ada pulangan mana-mana isu jenayah, hasil rasuah dan sebagainya, boleh diambil kira oleh mahkamah untuk mengurangkan hukuman yang akan dijatuhkan. Tapi tidak boleh dengan sendirinya mana-mana penjenayah tidak dituduh di mahkamah.

“Keduanya, untuk mengatakan bahawa akan mengarahkan pihak berkuasa menjalankan siasatan adalah mencabuli kedaulatan undang-undang dengan campur tangan salah, menyalahi Seksyen 23 Akta SPRM 2009,” katanya pada kenyataan melalui klip video di Facebooknya, semalam.

Anwar ketika Program Jelajah Perpaduan Madani dan Pelancaran Jentera Perpaduan Kelantan dilaporkan memberi kata dua kepada seorang pemimpin politik sama ada memulangkan semula harta yang didakwa dicuri atau bersedia untuk disiasat.

Dalam ucapannya, Anwar yang juga Pengerusi Pakatan Harapan berkata jika pemimpin terbabit yang tidak dinamakannya itu gagal berbuat demikian, beliau akan mengarahkan pihak berkuasa untuk menyiasatnya.

“Tiga kali saya tegaskan termasuk malam ini (malam kelmarin), kamu mesti pulangkan balik wang dan harta rakyat yang kamu curi daripada rakyat.

“Jika tidak, saya akan minta pihak berkuasa menyiasat, termasuk pergi ke rumah dia, pergi ke pejabat dia, semak akaun dia,” katanya.

Menurut Haniff, kenyataan itu tidak sepatutnya dilontarkan oleh mana-mana pemimpin kerajaan terutama seorang perdana menteri.

Tegasnya, kenyataan Anwar itu menunjukkan beliau tidak faham elemen penting jenayah di mana dengan memulangkan hasil jenayah tidak membebaskan pelaku daripada tindakan undang-undang.

“Adakah Anwar mencadangkan ingin menyalahgunakan kedudukan sebagai PM untuk menghindar daripada tindakan jenayah diambil sekiranya individu berkenaan menyelesaikan apa yang didakwa sebagai satu kecurian atau rasuah? Itu salah. Itu melawan fahaman konsep jenayah mahupun kedaulatan undang-undang.

“SPRM, polis wajib diberi ruang untuk membuat siasatan mereka tanpa campur tangan mana-mana pihak terutama eksekutif, lebih utamanya perdana menteri.

“Adakah Anwar mencadangkan jika individu itu tidak kerjasama atas dakwaan beliau pernah ada salah laku jenayah maka baru tindakan jenayah akan diambil? Itu pun salah,” katanya.

Tambahnya, mana-mana kuasa eksekutif termasuk perdana menteri tidak boleh mencampuri secara salah bidang kuasa SPRM atau polis untuk menyiasat.

“Kenyataan Anwar itu jelas terzahir salah guna kuasa. Kenyataan Anwar itu dengan sendirinya penyalahgunaan kuasa di bawah Seksyen 23 Akta SPRM 2009 yang sepatutnya tidak boleh diungkapkan oleh PM mahu pun mana-mana pemimpin kerajaan.

“Saya syorkan pihak yang sepatutnya menasihati PM untuk memberitahu Anwar apa yang betul dan apa yang salah. Sekiranya ada mana-mana pemimpin sekarang ini atau sebelum ini pernah melakukan jenayah maka sepatutnya ada laporan yang telah dibuat oleh pihak yang telah mengalami kerugian.

“Kalau ada ketirisan atau rasuah maka agensi atau kementerian berkaitan sepatutnya sudah membuat laporan kepada SPRM. Jika belum lagi, adakah ini bermaksud bahawa mereka akan suruh pihak berkuasa untuk mula menyiasat? Bukankah itu salah guna kuasa?,” katanya.

Beliau turut membangkitkan soal pertemuan Anwar dengan tokoh perniagaan terkenal, Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary sebelum ini yang didedahkan Anwar sediri termasuk bercakap kepada Parlimen.

“…menimbulkan satu persoalan apa yang berlaku pada hujung tahun 2022, awal tahun 2023, di mana ketika itu, Anwar dengan sukarela bukan saja di luar malah di Parlimen juga bahawa beliau sudah berjumpa dengan Syed Mokhtar berkaitan dengan wang yang kononnya dikecualikan daripada dibayar cukai dan yang kononnya dimasukkan dalam akaun Bersatu untuk dipulangkan kepada pesawah-pesawah.

“Adakah itu satu campur tangan salah pada waktu itu terhadap Mokhtar Bukhary? Itu adalah untuk peguam Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Muhyiddin bangkitkan di mahkamah tetapi kenyataan terbaharu ini menunjukkan…tentang consistency Anwar membuat kenyataan campur tangan salah dalam urusan pihak berkuasa jenayah,” katanya.

Berita berkaitan
Polis terima satu lagi laporan bom petrol dilempar ke KK Mart
March 30, 2024· Isu semasa
Senjata api dimiliki warga Israel dibekal warga tempatan: Polis
March 30, 2024· Isu semasa
Isteri Tun Daim cabar kesahihan pertuduhan SPRM di Mahkamah Tinggi
March 5, 2024· Isu semasa
Jangan jadi ‘orang suruhan’ untuk kepentingan pihak tertentu, kata MB Kedah
January 8, 2024· Berita
Popular

Sorry. No data so far.

Lagi Uncategorized terkini
Rayuan pemuda bakar sekolah tahfiz ditolak mahkamah
September 11, 2023 · Uncategorized
Mayat ditemui dalam lori di Danau Kota, dua lelaki ditahan
September 10, 2023 · Uncategorized
Tamatkan mogok lapar, Ramkarpal beritahu keluarga tahanan SOSMA
August 1, 2023 · Uncategorized
Tahan ‘Datuk Malik’, SPRM sita RM38 juta tunai, 200kg emas, 17 kereta mewah
July 26, 2023 · Uncategorized
Lepas UAI, Ustaz Dusuki pula diarah batalkan kuliah agama
July 14, 2023 · Uncategorized
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok