Mayat ditemui dalam lori di Danau Kota, dua lelaki ditahan

September 10, 2023 · Uncategorized

Polis menahan dua lelaki bagi membantu siasatan berhubung penemuan mayat seorang lelaki di dalam sebuah lori yang diparkir di kawasan tempat letak kereta di Danau Kota, Setapak di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju Supt Ashari Abu Samah berkata mayat lelaki berumur 59 tahun itu dijumpai oleh adik perempuan lelaki berkenaan pada pukul 1.48 pagi, dan mayat telah dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk tindakan selanjutnya, lapor Bernama.

Beliau berkata hasil pemeriksaan mendapati terdapat kecederaan di bahagian telinga, bengkak di kepala dan pipi, luka di mata, lebam di bahagian bahu dan tulang dada pada mayat berkenaan, di samping kesan darah turut kelihatan pada bahagian mulut.

“Bertindak atas maklumat, sepasukan pegawai serta anggota Bahagian Siasatan Jenayah Khas Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Wangsa Maju telah berjaya menahan dua lelaki berusia 36 dan 37 tahun di lokasi kejadian bagi membantu siasatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Ashari berkata polis masih menjalankan siasatan berhubung punca kejadian dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Beliau seterusnya memberi amaran keras agar orang ramai tidak membuat spekulasi dan menimbulkan provokasi berkaitan kejadian itu.

“Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kejadian ini diminta tampil membantu siasatan ke IPD Wangsa Maju di talian 03-92899222 atau Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-21159999 atau mana-mana balai polis berhampiran,” katanya.

Berita berkaitan
Polis terima satu lagi laporan bom petrol dilempar ke KK Mart
March 30, 2024· Isu semasa
Senjata api dimiliki warga Israel dibekal warga tempatan: Polis
March 30, 2024· Isu semasa
Polis segerakan siasatan dalam kes langgar pelajar sehingga maut
December 16, 2023· Isu semasa
Kes rogol dan bunuh kekasih, bekas pengawal keselamatan terlepas hukuman mati
December 15, 2023· Isu semasa
Popular

Sorry. No data so far.

Lagi Uncategorized terkini
Rayuan pemuda bakar sekolah tahfiz ditolak mahkamah
September 11, 2023 · Uncategorized
Tamatkan mogok lapar, Ramkarpal beritahu keluarga tahanan SOSMA
August 1, 2023 · Uncategorized
Tahan ‘Datuk Malik’, SPRM sita RM38 juta tunai, 200kg emas, 17 kereta mewah
July 26, 2023 · Uncategorized
Amaran pulang harta curi, Anwar salah guna kuasa : peguam
July 26, 2023 · Uncategorized
Lepas UAI, Ustaz Dusuki pula diarah batalkan kuliah agama
July 14, 2023 · Uncategorized
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok