Individu doa kematian Hadi dan Dr M tiada kaitan dengan saya: Shamsul Iskandar

July 2, 2023 · Politik

Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin menjelaskan Zaki Yamani yang membuat ciapan di Twitter memohon doa kematian Tan Sri Abdul Hadi Awang yang dirawat di hospital baru-baru tiada kaitan dengan dirinya dan berkhidmat di Pejabat Perdana Menteri (PMO).

Setiausaha Politik Kanan PMX itu berkata walaupun Zaki pernah berkhidmat sebagai Setiausaha Angkatan Muda (AMK) pada 2007, bagaimanapun ia tidak bermakna individu tersebut mempunyai kaitan dengan dirinya pada masa kini.

“Pertama sekali, saya menggesa portal berita MalaysiaNow menarik balik dakwaan mengenai kaitan individu tersebut dengan saya mahupun institusi Pejabat Perdana Menteri secara keseluruhannya.

“Meskipun beliau pernah berkhidmat selaku Setiausaha AMK PKR sewaktu saya memimpin AMK pada 2007 yang lampau, itu tidak membawa sebarang perkaitan atau makna pada masa kini dalam mana-mana kapasiti rasmi.

“Oleh itu, dakwaan mengenai perkaitan itu adalah sangat tidak wajar untuk dipolemikkan tanpa asas yang jelas,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Kenyataan itu merujuk kepada seorang pengguna Twitter @Zaki_Yamani_ yang didakwa ada kaitan dengan Shamsul Iskandar yang bertindak memuatnaik hantaran di platform berkenaan, meminta agar nyawa Presiden PAS diambil supaya ‘kerosakan’ yang dibuat dapat dihentikan selepas dilaporkan keadaan kesihatannya merosot.

Pengguna Twitter itu juga menulis perkara sama terhadap bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

PMX, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini yang kesal dengan perbuatan sedemikian, turut mengarahkan individu terbabit yang dipercayai penyokong partinya memohon maaf atas ciapan berhubung keadaan kesihatan Hadi yang merosot dan sedang menerima rawatan di hospital.

Menyatakan pendiriannya, Shamsul Iskandar menegaskan beliau senada dengan ketegasan Perdana Menteri yang mahu Zaki bertanggungjawab atas kenyataan di platform media sosial itu.

Berita berkaitan
PAS bidas kenyataan biadab MP PKR dalam isu poligami, dakwa sentuh 3R
November 27, 2023· Politik
PAS gesa kerajaan batal penganjuran program ratu cantik pada Disember
November 24, 2023· Politik
Kajian Merdeka Center bukti rakyat marah kepada PMX, tahap terburuk: Idris
November 23, 2023· Politik
MB Terengganu diumum calon Parlimen Kemaman
November 17, 2023· Politik
Popular
Samsuri tak tolak anjur solat hajat berhubung tuntutan wang royalti
November 29, 2023
Dua kem UMNO berbeza di Sabah, kumpulan pro Hajiji dan Bung Moktar
November 29, 2023
Sesi perbahasan kecoh selepas Ahli Parlimen pertikai tiada menteri dalam dewan
November 27, 2023
Besar pengorbanan Muhyiddin hingga jawatan PM dilepaskan: Tajuddin
September 20, 2021
Lagi Politik terkini
Samsuri tak tolak anjur solat hajat berhubung tuntutan wang royalti
6 jam lalu · Politik
Dua kem UMNO berbeza di Sabah, kumpulan pro Hajiji dan Bung Moktar
6 jam lalu · Politik
Sesi perbahasan kecoh selepas Ahli Parlimen pertikai tiada menteri dalam dewan
November 27, 2023 · Politik
Imbuhan penjawat awam negeri diumum selepas PRK Kemaman: Ahmad Samsuri
November 27, 2023 · Politik
Wahab dalam kemurungan belum boleh keterangan, kata peguam
November 27, 2023 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Rakyat Terengganu bersama PN walaupun dizalim peruntukan, royalti minyak
7 jam lalu
[VIDEO] Sokongan pengundi bukan Melayu terhadap Dr Sam meningkat
8 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok