Kes Adib: 17 lelaki terlibat dalam rusuhan kuil dibebaskan

June 27, 2023 · Isu semasa

17 lelaki dibebaskan atas tuduhan merusuh di tapak Kuil Sri Mariamman, USJ 25, Putra Heights, Subang Jaya, lima tahun lalu.

Keputusan membebaskan 17 individu tersebut diputuskan Mahkamah Majistret Petaling Jaya hari ini, untuk rekod rusuhan tersebut juga menyebabkan kematian seorang anggota bomba, Muhammad Adib Mohd Kassim sebelum ini, menurut laporan BH.

Majistret, Muhammad Iskandar Zainol, membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap pertuduhan berkenaan.

Salah seorang peguam bela kepada 17 individu dibebaskan, Kirthiraj Rajasundram, ketika dihubungi pemberita mengesahkan perkara berkenaan.

Lelaki terbabit ialah Saifullah Abdullah, Riduan Sekh Ruslan, Irwan Noordin, Khairi Abdul Rashid, Rozaihan Zakaria, Qayyum Mohd Faisal, Ashraf Mohd Faizal, Absal Eastrie Abdullah, Jalil Talib, Khairol Anuar Zabidi, Zamri Md Said, Shukri Razali, Nor Azmi Abdul Ghani, Shahril Danniel Sajeel, Hasneezam Shah Samsudin, Akmal Izzat Azi dan Norul Ismawi Islahuddin.

Kirthiraj berkata, mahkamah juga memaklumkan tiada pengecaman positif terhadap lelaki terbabit melalui kandang tertuduh, selain tiada senjata termasuk pisau dikemukakan sebagai bahan eksibit seperti dinyatakan dalam kertas tuduhan.

“Semua senjata itu hanya dikutip dari tempat kejadian oleh saksi dan bukannya rampasan daripada tertuduh.

“Selain itu, mahkamah memutuskan saksi pendakwaan gagal mengenal pasti tertuduh berikutan kejadian awal pagi itu.

“Mahkamah mendapati saksi itu tidak boleh dipercayai kerana tidak konsisten berhubung kenyataan mereka manakala pendakwaan tidak mengemukakan sebarang laporan forensik membabitkan senjata,” katanya.

Semua tertuduh berusia antara 24 hingga 47 tahun didakwa merusuh dan memiliki senjata berbahaya antara jam 2 pagi hingga 5 pagi, 26 November 2018.

Pendakwaan mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum lima tahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Rusuhan dikatakan berpunca daripada isu penempatan semula kuil itu menyebabkan puluhan kenderaan dibakar dan beberapa orang cedera.

Kira-kira 24 jam selepas rusuhan, lebih banyak kenderaan dibakar sebelum pasukan Bomba tiba di lokasi kejadian yang bertindak atas panggilan kecemasan.

Insiden itu turut mengakibatkan seorang anggota bomba, Adib cedera sebelum meninggal dunia sebulan kemudian ketika menerima rawatan di Institut Jantung Negara (IJN).

Pada 2019, Mahkamah Koroner memutuskan kematian Muhammad Adib berpunca daripada perbuatan jenayah membabitkan dua individu atau lebih yang tidak dikenali.

Berita berkaitan
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
14 jam lalu· Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
14 jam lalu· Isu semasa
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024· Politik
Polis terima satu lagi laporan bom petrol dilempar ke KK Mart
March 30, 2024· Isu semasa
Popular
Kasut selesa elak sakit kaki
January 24, 2022
Kenapa lepasan SPM tidak minat ke IPT?
August 25, 2022
AUKU masih relevan dan sangat penting, kata Menteri UMNO
March 9, 2023
39 pelajar SMK Agama Tun Said, keluarga guru positif Covid-19
February 12, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok