AUKU masih relevan dan sangat penting, kata Menteri UMNO

March 9, 2023 · Isu semasa

Pemansuhan Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (AUKU) boleh mengakibatkan punca kuasa penubuhan dan tadbir urus 20 universiti awam terbatal.

Untuk rekod, janji memansuhkan akta tersebut terdapat dalam janji manifesto Pakatan Harapan (PH) semasa berkempen pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) lalu, namun sekarang sudah bergabung dengan UMNO-Barisan Nasional (BN) untuk membentuk kerajaan campuran.

Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata ini kerana akta itu ialah punca kuasa yang menghubungkan akauntabiliti institusi pengajian tinggi (IPT) kepada kerajaan dan masyarakat, menurut laporan Bernama.

“Berdasarkan struktur dan kandungannya, AUKU adalah akta yang sangat penting dan masih relevan khususnya dalam urusan penubuhan dan pentadbiran universiti,” katanya ketika menggulung perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2023 di Dewan Rakyat, hari ini.

Menurutnya, AUKU setakat ini telah dipinda sebanyak tujuh kali dengan pindaan terakhir pada 2019, manakala dalam aspek kebebasan serta aktivisme politik pelajar, pindaan dilakukan dua kali iaitu pada 2012 dan 2019.

Beliau berkata ia antara lain memberikan kebebasan penuh kepada mahasiswa untuk berpolitik sama ada di dalam dan luar kampus.

Sementara itu, katanya susulan terdapat banyak permintaan untuk sesi libat urus diadakan berhubung isu itu, kementerian bersetuju untuk menjalankan sesi berkenaan.

Mohamed Khaled berkata hal ini berikutan tujuh daripada 44 seksyen akta berkenaan ialah mengenai pelajar, maka sesi libat urus harus melibatkan antaranya pentadbiran universiti, ahli akademik, penyelidik, Majlis Profesor Negara, wakil ibu bapa dan industri.

“KPT (Kementerian Pendidikan Tinggi) sebenarnya tidak pernah menolak saranan penambahbaikan oleh semua pihak, malah KPT kini dalam proses meminda Seksyen 15 AUKU bagi membolehkan mahasiswa menguruskan sendiri urusan akaun dan kewangan mereka,” katanya.

Menjawab pertanyaan Hassan Abdul Karim (PH-Pasir Gudang) yang meminta penjelasan sama ada undang-undang baharu boleh diwujudkan memandangkan AUKU telah berusia lebih 50 tahun, Mohamed Khaled berkata kementerian tidak akan mengganti sesuatu akta disebabkan akta itu sudah lama.

“Akta itu diwujudkan bukan untuk menyekat pelajar tetapi dari segi sejarah, ia diwujudkan kerana kerajaan mempunyai perancangan untuk mewujudkan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

“Sekarang kita sudah ada 20 universiti (awam). Kalau tak ada AUKU, kita kena buat satu universiti satu akta sebab ia memerlukan punca kuasa. Kita tak nak akhirnya nak ubah AUKU tapi hanya salin kulit, dalamnya sama,” katanya.

Pada masa sama, beliau berkata KPT sedang membentuk jawatankuasa khas terdiri daripada tokoh berpengalaman dalam pendidikan tinggi iaitu National Review Commitee (NRC) bagi menyemak semua dasar pendidikan tinggi nasional.

Katanya, jawatankuasa itu diberikan tempoh tiga bulan untuk mengemukakan dapatan dan saranan penambahbaikan yang akan dijadikan asas untuk memperkemas, merombak dan menyusun semula hala tuju dan keutamaan sektor pendidikan tinggi negara.

Berita berkaitan
Kalah tiga pilihan raya, Asyraf dilantik jadi Setiausaha Agung UMNO baharu
22 jam lalu· Politik
Dewan Rakyat: Cadangan KWSP dicagar untuk buat pinjaman jadi tumpuan
March 21, 2023· Isu semasa
Isu ziarah gereja: Polis akan panggil Hannah Yeoh untuk dirakam keterangan
March 20, 2023· Isu semasa
Ramai stres kos sara hidup tinggi, sekolah buka serentak Ramadan
March 20, 2023· Isu semasa
Popular
Selama tiga minggu berturut-turut pelabur asing lari dari Malaysia
March 20, 2023
Ringgit lebih rendah berbanding baht Thailand, rupiah Indonesia
March 16, 2023
Rakyat makin hilang suara bawah kerajaan PH-BN: Wan Saiful
March 23, 2023
Wan Saiful pertimbang representasi tuduhan rasuah kepada AGC
March 22, 2023
Lagi Isu semasa terkini
AGC tak tahu jika Rohana pulangkan AS$10 juta terkait 1MDB
2 jam lalu · Isu semasa
Rakyat makin hilang suara bawah kerajaan PH-BN: Wan Saiful
2 jam lalu · Isu semasa
Hakim baharu ketuai kes Rosmah
2 jam lalu · Isu semasa
Muhyiddin ucap selamat berpuasa
20 jam lalu · Isu semasa
Umat Islam mula puasa esok
20 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Laporan polis premis mahu anjur pesta kepondanan, LGBT
March 22, 2023
[VIDEO] Bersatu persoal penjelasan Anwar isu kuasa pelepasan cukai
March 22, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok