Semasa PKP pun nilai ringgit tak seteruk ini, tapi UMNO masih nak PRU-15 segera

September 20, 2022 · Isu semasa

Nilai ringgit tidak pernah seteruk yang sedang dihadapi sekarang ini, malah semasa ketika negara sedang bergelut berdepan cabaran penularan Covid-19 keadaan masih terkawal dan mata wang negara masih lagi berlegar sekitar bawah RM4.10 berbanding dolar.

Sekarang apabila tiada lagi kawalan ketat bagi membendung Covid-19 dan rakyat sudah boleh bernafas tanpa memakai pelitup muka tetapi nampaknya walaupun tanpa pelitup muka dipakai lagi rakyat masih sukar bernafas kerana harga barang masih naik dan ringgit semakin melemah.

Ringgit diramalkan akan menyusut sehingga RM4.60 berbanding dolar pada minggu, malah sekarang pun nilai ringgit sudah mencatatkan penurunan terburuk sejak 24 tahun lalu.

Untuk rekod, semasa rantau Asia dilanda krisis ekonomi 1997-98 nilai ringgit jatuh merudum. Daripada RM2.50 bagi setiap dolar, jatuh kepada RM4.50. Nilai ringgit jatuh kira-kira 80 peratus ketika itu.

Nilai terendah yang dicatatkan adalah RM4.88 berbanding dolar – hampir mencecah RM5. Lalu kerajaan membuat keputusan untuk tambat pada nilai RM3.8 kepada dolar AS. Mata wang negara juga tidak dibenar diperdagangkan di luar negara.

Kini sekali kita berhadapan dengan kebimbangan kejatuhan nilai ringgit apabila ia mencatatkan nilai terendah sejak krisis ekonomi Asia itu.

Semalam, Pengerusi Majlis Pemulihan Negara (MPN), Tan Sri Muhyiddin Yassin membangkitkan kebimbangannya susulan kejatuhan nilai ringgit, kritikan tersebut bagi menunjukkan keseriusan agar kerajaan segera mengambil langkah yang lebih berani bagi menangani permasalahan dihadapi rakyat.

Kejatuhan ringgit sememangnya memberi kesan kepada rakyat bawahan khususnya peniaga kecil-kecilan kerana kebergantungan negara kepada import, apabila ringgit jatuh ia bermakna kos import juga meningkat.

Harga tayar pun sudah naik tiga kali, malahan harga roti Gardenia pun juga naik.

Semua indikator menunjukkan ekonomi negara semakin parah, tetapi nampaknya apa yang lebih diutamakan sekarang ke sana ke sini berkempen Keluarga Malaysia yang tidak tahu apa fungsinya dalam memulihkan dan meningkatkan wang poket rakyat. Atau adakah hanya mahu meningkatkan poket sendiri?

Lebih memeningkan kepala apabila UMNO mencetuskan ketakstabilan politik dengan berterusan mengasak Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob supaya mengadakan pilihan raya umum ke-15 (PRU-15) tanpa menghiraukan kesusahan rakyat yang bakal menerima implikasi paling teruk nanti.

Lebih parah, Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sanggup meredah banjir demi berkempen semasa PRU-15 nanti tanpa menghiraukan kesusahan rakyat bawahan.

Susulan kritikan Muhyiddin semalam, Penasihat Ekonomi PM, Shahril Hamdan pula bangkit mempertahankan bosnya kononnya tidak ada cadangan yang dikemukakan bagi memulihkan keadaan ekonomi dan mata wang negara.

Lebih elok sekiranya Shahril bertanya kepada bosnya, Ismail Sabri dan Zahid, apakah langkah yang mereka cadangkan untuk memulihkan keadaan ekonomi negara selain setiap hari berzikir mendesak PRU-15 segera?

Status sebagai Penasihat Ekonomi itu tidak layak diberikan kepada Shahril, tidak pasti apakah nasihat yang sudah dibuat oleh Ketua Penerangan UMNO tersebut setakat ini?

Daripada melenting dengan memberi alasan dan menyalahkan pihak lain atas kegagalan sendiri, lebih baik Ismail Sabri berfikir bagaimana mahu menyelamatkan negara daripada kancah kemelesetan ekonomi dan mencari jalan memulihkan mata wang negara.

Sekurang-kurangnya semasa era Muhyiddin memerintah dahulu, segenap lapisan menerima bantuan tanpa mengira latar belakang politik, moratorium dan bantuan bakul makanan adalah jasa yang tidak akan dilupakan oleh rakyat semasa berdepan ancaman Covid-19.

Kini selepas tiada lagi ancamana Covid-19, apakah yang Ismail Sabri buat selain meluluskan sekali pengeluaran Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor lalu?

Berita berkaitan
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024· Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024· Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024· Politik
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024· Politik
Popular
Betul adalah betul, salah adalah salah, kata anak perempuan Rosmah dengan bekas suami lama
September 2, 2022
Kos sara hidup tinggi: Pelajar IPT terpaksa tangguh pengajian
September 30, 2022
PN akan terus desak caruman KWSP bersasar dibenarkan
March 16, 2023
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok