Selepas pendedahan bekas petugas, Bernama tampil membuat penafian

August 11, 2022 · Isu semasa

Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) hari ini menafikan semua dakwaan wartawan penyiaran Bernama TV, Sydney Yap Xi Ni mengenai agensi berita itu.

Ketua Pegawai Eksekutif Bernama Roslan Ariffin berkata semua dakwaan petugas berstatus kontrak itu adalah tidak berasas, lapor agensi tersebut.

Petugas wanita itu yang mula berkhidmat di Meja Penerbitan Bahasa Mandarin pada September 2019, telah mendakwa dalam hantaran Facebook peribadinya bahawa Bernama TV telah memotong gaji dan elaun serta lewat dalam pengambilan petugas baharu bagi menggantikan mereka yang telah berhenti kerana melanjutkan pelajaran dan mendapat tawaran di stesen televisyen lain.

Roslan menjelaskan bahawa berita Mandarin Bernama TV sebelum ini diterbitkan oleh sebuah syarikat swasta, dengan Yap adalah seorang petugasnya.

“Pada 2019 Bernama TV telah mengambil alih operasi penerbitan berita Bahasa Mandarin daripada syarikat berkenaan. Susulan itu semua petugas, termasuk Yap ditawarkan menyertai Bernama TV dengan bayaran emolumen yang sama,” kata Roslan hari ini.

Yap turut menikmati kenaikan gaji tahunan selepas itu selain menerima elaun sebagai pembaca berita.

“Sehingga hari ini, tiada sebarang aduan mengenai isu gaji atau layanan tidak baik dibuat oleh mana-mana bekas atau petugas sedia ada Meja Penerbitan Bahasa Mandarin,” kata beliau.

Roslan juga menegaskan Bernama tidak pernah mengeluarkan kenyataan media mengenai hasrat untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap Yap.

Siaran berita Bahasa Mandarin boleh diikuti di Astro 502, myFreeview 121, unifi TV 631, LIVE Facebook & Youtube Bernama TV.

Berita berkaitan
Fahmi puji lantikan Chun Wai sebagai Pengerusi Bernama baharu
September 12, 2023· Isu semasa
Kertas siasatan anggota mabuk lawan arus diserah kepada Bukit Aman
June 24, 2023· Isu semasa
Saman Jason Lo terhadap Bernama ditolak Mahkamah Tinggi
May 31, 2023· Isu semasa
MB Perak nafi spekulasi gerakan jatuhkan kerajaan negeri
May 22, 2023· Politik
Popular
Hina Sultan Selangor: Hukuman penjara pendakwah bekas penasihat agama Guan Eng kekal
September 25, 2023
Gaduh kumpulan motosikal besar, seorang ditahan positif dadah
September 25, 2023
Ribuan peniaga diramal gulung tikar ekoran kenaikan harga bahan mentah: Laporan
September 20, 2023
Dia juga membantu orang miskin, kata PMX semasa pertemuan dengan Syed Mokhtar
June 2, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Anggota pukul wanita dalam video tular sedang disiasat polis
3 jam lalu · Isu semasa
Penyusutan nilai sektor komoditi punca perdagangan negara susut: Liew
4 jam lalu · Isu semasa
Seorang lelaki warga Indonesia ditahan dengan nilai dadah RM1.9 juta dirampas
5 jam lalu · Isu semasa
Gaduh kumpulan motosikal besar, seorang ditahan positif dadah
5 jam lalu · Isu semasa
Ramalan kaji cuaca ramal ribut petir dan angin kencang di utara semenanjung
8 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Saya bukan orang jahat, SPRM tanya empat soalan REE, kata Sanusi
7 jam lalu
[VIDEO] Untuk menang PRK Pelangai, jentera PN bersemangat bila pemimpin ada keyakinan
8 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok