Kertas siasatan anggota mabuk lawan arus diserah kepada Bukit Aman

June 24, 2023 · Isu semasa

Kertas siasatan berhubung pegawai polis yang ditahan kerana disyaki memandu di bawah pengaruh alkohol dan melawan arus di Jalan Cheras sudah diserahkan kepada bahagian perundangan Bukit Aman untuk tindakan selanjutnya.

Ketua Polis Daerah Cheras ACP Zam Halim Jamaluddin berkata kertas siasatan itu dihantar pada minggu lepas, menurut laporan Bernama.

“Kertas siasatan sudah diserahkan dan pihak perundangan Bukit Aman akan meneliti siasatan tersebut bagi tindakan seterusnya,” katanya kepada pemberita pada Pelancaran Taman Angkat Amanita di Taman Bukit Cheras di sini, hari ini.

Dalam kejadian kira-kira 4.10 pagi pada 15 Jun lepas, seorang lelaki berumur 35 tahun memandu kereta bersendirian sebelum tindakannya memandu melawan arus disedari sepasukan anggota polis yang kebetulan ada berhampiran.

Zam Halim berkata siasatan mendapati kejadian berlaku selepas waktu kerja anggota terbabit.

Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan (menghalang tugas penjawat awam) dan Seksyen 45A(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 atas kesalahan mengambil alkohol melebihi jumlah ditetapkan.

Sementara itu, dalam perkembangan berasingan, polis sedang mengesan dua lagi penjenayah bersenjatakan parang yang melarikan diri selepas dua rakan mereka ditembak mati dalam kejadian di Taman Supreme, Cheras di sini, pada 8 Jun lepas.

Zam Halim berkata kedua-dua suspek sudah dikenal pasti dan sedang giat mengesannya.

“Memang kita (polis) dah ada petunjuk tapi ia masih dalam siasatan. Kita masih belum keluarkan fotofit suspek.

“Kita juga masih menunggu laporan patologi dua suspek yang mati ditembak itu daripada pihak hospital,” katanya.

Pada 8 Jun, polis menembak mati dua lelaki berumur lingkungan 30-an disyaki terlibat dalam kegiatan pecah rumah di kawasan perumahan terbabit selepas mereka cuba menyerang polis menggunakan parang manakala dua lagi melarikan diri menggunakan sebuah kenderaan bernombor pendaftaran palsu.

Berita berkaitan
Kes empat beradik ditinggalkan, dua individu ditahan dipercaya ibu bapa
7 jam lalu· Isu semasa
Dadah bernilai RM5.43 juta dilupus Polis Johor
November 27, 2023· Isu semasa
Bayi lelaki ditemui tepi longkang dalam longkang ditinggalkan
November 26, 2023· Isu semasa
Warga Nepal cuba larikan kanak-kanak perempuan ditahan polis
November 26, 2023· Isu semasa
Popular
Mahkamah benarkan pasport Muhyiddin dipulangkan untuk sementara
November 29, 2023
Sirul dipakaikan peranti pemantauan: Laporan
November 29, 2023
Kes empat beradik ditinggalkan, dua individu ditahan dipercaya ibu bapa
November 29, 2023
Mahkamah tolak permohonan penghakiman terus syarikat barang kemas terhadap Rosmah
November 29, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Mahkamah benarkan pasport Muhyiddin dipulangkan untuk sementara
6 jam lalu · Isu semasa
Mangsa banjir di Terengganu, Kelantan kekal setakat pagi ini
6 jam lalu · Isu semasa
Sirul dipakaikan peranti pemantauan: Laporan
6 jam lalu · Isu semasa
Mahkamah tolak permohonan penghakiman terus syarikat barang kemas terhadap Rosmah
6 jam lalu · Isu semasa
Operasi mencari mangsa dalam runtuhan gudang diteruskan
7 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Rakyat Terengganu bersama PN walaupun dizalim peruntukan, royalti minyak
8 jam lalu
[VIDEO] Sokongan pengundi bukan Melayu terhadap Dr Sam meningkat
9 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok