Saya biasa telefon orang bawahan untuk urusan kerja: Agus

November 18, 2023 · Isu semasa

Bekas Ketua Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM), Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff mendakwa video perbualannya dengan seorang kakitangan J-KOM yang tular sejak petang semalam telah disunting oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

Beliau menafikan melakukan perbualan tidak bermoral itu seperti yang tersiar dalam video berdurasi tiga minit dan menjelaskan hanya berbual biasa serta bertanya khabar kepada Penolong Pegawai J-KOM, Abdul Wahab Abdul Kadir Jilani, 33, individu yang berada dalam video tersebut, lapor Bernama.

“Saya dengan pegawai sudah biasa buat panggilan video dengan orang bawahan untuk urusan kerja di mana-mana. Saya tak nampak di mana salahnya. Wahab (macam) anak kecil sahaja pun, anak sulung saya pun lebih tua daripada dia.

“Apa yang anda nak tahu, adakah ini kali pertama saya buat panggilan video? Saya buat dengan semua, pengarah, kaktangan dengan rakan-rakan, ..saya rasa itu normal, tak ada salahnya,” katanya dalam satu sidang media khas di sebuah hotel di Bandar Baru Bangi, dekat sini, malam tadi.

Turut serta ketika sidang media berkenaan kakitangan J-KOM yang turut dikaitkan dalam video berkenaan Abdul Wahab yang baru sahaja dua mingggu berkhidmat sebagai Penolong Pegawai J-KOM pada 1 Nov lepas.

Mohammad Agus juga memaklumkan perbualan dengan Abdul Wahab hanyalah perbualan biasa dan santai.

Beliau juga tidak menolak kemungkinan itu mungkin dilakukan oleh pihak yang kurang senang dengannya dan jawatan yang disandang dalam J-KOM.

“Kita sudah belajar banyak pengalaman bagaimana seseorang itu boleh jatuh kerana tuduhan seksual dan sekarang ia berlaku kepada saya,” katanya yang telah membuat laporan di Balai Polis Kajang pagi tadi dan akan menghantar surat tuntutan undang-undang kepada pihak yang menyebarkan video itu.

Mengulas mengenai kerjaya masa depannya, Mohammad Agus memaklumkan buat masa ini, beliau menghentikan niatnya untuk berhijrah ke Indonesia (tawaran kerja) sementara memberi laluan kepada siasatan kes berkenaan.

“Saya mahu keadilan dan perkara ini disiasat. Saya telah memberi arahan kepada peguam saya untuk mengambil tindakan undang-undang yang diperlukan. Rakyat tidak akan lupa kejadian ini, ia telah menjadi sejarah dan telah mencemarkan reputasi saya,”katanya.

Pada masa sama, Abdul Wahab mengakui merekod perbualan itu atas arahan individu Mr H yang turut menawarkan jawatan tinggi dalam J-KOM sekiranya berjaya menjatuhkan Agus.

“Semasa pertemuan saya dengan Mr.H, saya telah diberitahu kononnya beliau telah mendapat info (maklumat) daripada pihak tertentu bahawa Mohammad Agus terlibat dalam aktiviti yang tidak bermoral,” katanya.

Bagaimana, Abdul Wahab menegaskan bahawa kandungan audio di dalam video tersebut adalah palsu, direka, tidak benar dan akan membuat laporan polis tentang pekara ini dalam masa terdekat.

Berita berkaitan
Agus dipanggil beri keterangan esok terhadap dakwaan gangguan seksual
December 13, 2023· Politik
Bergantung kepada siasatan sama ada tangkap Agus atau tidak: Razarudin
December 5, 2023· Isu semasa
Dakwaan gangguan seksual dihadapi Wahab, polis akan panggil beberapa individu
December 2, 2023· Isu semasa
Laporan Wahab dakwa Agus buat gangguan seksual disiasat polis
December 1, 2023· Isu semasa
Popular
Netizen persoal isu ‘roadtax’, MyJPJ jika bawa kenderaan orang lain
February 10, 2023
Rasuah RM2 juta: Zahid sebut peranan Najib ‘arah lulus’ projek visa
May 26, 2022
Wisma Jakel terbakar lagi: Bomba siasat disengajakan atau bara api
January 3, 2023
Tiga bersaudara lemas berkelah di Sungai Lata Changkah di Setiu
June 11, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
23 jam lalu · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
23 jam lalu · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok