Tiga bersaudara lemas berkelah di Sungai Lata Changkah di Setiu

June 11, 2022 · Isu semasa

Kegembiraan tiga wanita termasuk dua beradik berkelah di Sungai Lata Changkah, Ulu Seladang di Setiu semalam berakhir dengan tragedi selepas terjatuh ke dalam sungai dan disahkan lemas selepas dibawa ke Hospital Setiu.

Ketua Polis Daerah Setiu DSP Affandi Hussin berkata mangsa adalah Syaridatul Nurfatihah Mohd Dera, 28 dan adiknya Syariatul Noor Safiqa , 26 yang berasal dari Kampung Hilir Maras di Kuala Nerus manakala seorang lagi mangsa iaitu sepupu mereka Siti Aishah Mazalan, 19, berasal dari Kampung Mengabang Telung , Kuala Nerus.

Katanya difahamkan kejadian berlaku apabila kesemua mangsa telah hampir selesai berkelah bersama keluarga pada sekitar 2.30 petang tadi sebelum salah salah seorang daripada mereka tergelincir lalu jatuh, lapor Bernama.

“Semasa jatuh mangsa telah menarik bersama-samanya dua orang lagi mangsa lain. Ketiga-tiga mangsa kemudiannya cuba diselamatkan orang awam sebelum dibawa ke Hospital Setiu kira-kira 45 kemudian.

“Namun kesemua mangsa telah disahkan meninggal dunia oleh pihak hospital,” katanya dalam kenyataan semalam.

Katanya hasil siasatan mendapati kawasan kejadian tersebut adalah terlindung dan tidak dapat dilihat dari tepi jalan serta agak bercerun.

Sehubungan itu Affandi menasihatkan orang ramai supaya lebih berhati-hati semasa berkelah di sungai dan sentiasa peka pada keselamatan serta mengelakkan tempat berisiko seperti kawasan yang dalam dan berarus deras.

Berita berkaitan
Kanak-kanak hilang di rumah rakit ditemui lemas
May 29, 2022· Isu semasa
Muhyiddin ziarah keluarga anggota bomba lemas di Melaka
October 21, 2021· Isu semasa
Popular
Kurang sikit makan telur, kata Pengarah KPDNHEP Melaka
July 2, 2022
MPN dibentuk PM, Muhyiddin jawab kritikan Zahid yang berdepan kes mahkamah
July 2, 2022
Enjin bot rosak: 10 pemancing, 3 kru selamat
July 2, 2022
Ku Li jangka nilai ringgit jatuh lagi, gesa kerajaan campur tangan
July 2, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Ku Li jangka nilai ringgit jatuh lagi, gesa kerajaan campur tangan
3 jam lalu · Isu semasa
MPN dibentuk PM, Muhyiddin jawab kritikan Zahid yang berdepan kes mahkamah
8 jam lalu · Isu semasa
Malaysia bukan di planet lain, isu kos sara hidup berlaku seluruh dunia: PM
10 jam lalu · Isu semasa
Bekalan minyak masa peket pulih dalam masa terdekat
10 jam lalu · Isu semasa
Segerakan penubuhan Majlis Pemulihan Negeri bantu rakyat susah
10 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tak serius, kerajaan ambil lewa isu harga barang, kata pemimpin Amanah
July 1, 2022
[FOTO] Himpunan bantahan kenaikan harga
July 1, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok