Selangkah lagi untuk Malaysia peroleh pingat Olimpik 2020

July 29, 2021 · Isu semasa

Sukan Olimpik Tokyo 2020 menjanjikan satu pingat kepada kontinjen Malaysia jika gandingan beregu utama negara Aaron Chia dan Sooh Wooi Yik mampu menundukkan lawan pada aksi separuh akhir nanti.

Hari ini, kedua-duanya menundukkan lawan yang juga pasangan beregu nombor satu dunia dari Indonesia Kevin Sanjaya Sukamuljo-Marcus Fernaldi Gideon dalam ‘straight set’, meletakkan keyakinan buat Aaron dan Sooh untuk berdepan cabaran seterusnya.

Aksi separuh akhir bakal menyaksikan naib juara Seluruh England 2019 itu bertemu pemenang perlawanan antara pasangan China, Li Jun Hui-Liu Yu Chen dengan Kim Astrup-Anders Skarup Rasmussen dari Denmark.

Dalam aksi di Musashino Forest Sport Plaza di daerah Chofu, Tokyo hari ini, pasangan negara beraksi tenang seawal set pertama dengan menyerap segala tekanan yang diberikan sebelum mencatat kemenangan 21-14.

Kemenangan set pertama menaikkan semangat kedua-duanya sebelum menamatkan saingan beregu Indonesia itu dengan kemenangan mendebarkan 21-17.

Perlawanan itu menyaksikan Kevin Sanjaya sekali lagi gagal mengawal keadaan apabila kerap melakukan kesilapan mudah selain kelihatan tidak tenang seperti kebiasaan dalam mana-mana kejohanan.

Kevin Sajaya sekali lagi hilang kawalan dan membaling raket di lantai dan menyebabkan konsentrasi mereka terganggu pada pertengahan set kedua.

Terdahulu pemain negara melepasi rintangan Kumpulan D dengan kemenangan dalam aksi terakhir selepas tewas kepada pencabar nombor dua dunia, Mohamad Ahsan-Hendra Setiawan.

Mereka bagaimanapun mengesahkan kemaraan apabila mengetepikan tentangan beregu Kanada, Ho Shue Jason-Yakura Nyl, 21-15, 21-13.

Berita berkaitan
Bintang badminton Indonesia maut nahas jalan raya
March 21, 2023· Dunia
Kenyataan rasis: BAM, persatuan ‘haramkan’ bekas pemain pelatih
February 13, 2023· Isu semasa
Aaron-Wooi Yik cipta sejarah juarai Kejohanan Badminton Dunia
August 28, 2022· Isu semasa
[KEMAS KINI] Harapan Zii Jia rangkul juara dunia musnah
August 25, 2022· Isu semasa
Popular
Pelajar sekolah balik cuti raya Cina tak dibenar pulang ke asrama
February 5, 2022
Kilang pemasangan Porsche pertama Malaysia dilancar di Kedah
March 28, 2022
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024
Kos sara hidup tinggi: Pelajar IPT terpaksa tangguh pengajian
September 30, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok