[KEMAS KINI] Harapan Zii Jia rangkul juara dunia musnah

August 25, 2022 · Isu semasa

Legenda badminton negara Datuk Rashid Sidek berharap dan berdoa agar salah seorang pemain badminton negara dapat merangkul kejuaraan dalam Kejohanan Dunia BWF di Tokyo, Jepun yang boleh dijadikan hadiah kepada seluruh rakyat Malaysia sempena sambutan Hari Kemerdekaan ke-65.

Bagaimanapun, harapan itu musnah apabila Zii Jia dikejutkan oleh pemain China, Zhao Junpeng pada pusingan ketiga hari ini (25 Ogos).

Pemain perseorangan lelaki No. 1 negara itu tumbang 19-21, 21-11, 21-19 kepada pemain nombor 23 dunia China yang bersemangat di Gimnasium Metropolitan Tokyo.

Ia adalah balas dendam yang manis buat Junpeng yang tewas kepada Zii Jia dalam perlawanan berturut-turut di Terbuka Jerman pada Mac.

Rashid, pemenang pingat gangsa Sukan Olimpik Atlanta 1996 dan ahli skuad gemilang Piala Thomas pada 1992 berkata beberapa pemain dalam skuad itu, iaitu pemain perseorangan Lee Zii Jia kini merupakan pilihan terbaik negara untuk menamatkan penantian merebut kejuaraan di kejohanan dunia itu.

“Saya lihat Zii Jia dalam kondisi yang agak baik dan dahaga (untuk kejuaraan), dua perlawanan lepas beliau menang senang. Harap beliau dapat teruskan momentum itu.

“Saya harap semua pemain Malaysia buat yang terbaik, bermain bersungguh-sungguh supaya Malaysia akan ada juara dunia pada minggu ini,” katanya menurut Bernama ketika ditemui selepas pelancaran IOI Sports Centre di IOI City Mall di Putrajaya, hari ini (25 Ogos).

Malaysia masih belum mampu merasai kejayaan di pentas Kejohanan Dunia walaupun wakil negara pernah meraih perak sebanyak lapan kali.

Pemain perseorangan lelaki Datuk Lee Chong Wei adalah pemain paling cemerlang apabila meraih tiga perak pada 2011, 2013 dan 2015, manakala peraknya pada edisi 2014 dibatalkan kerana kesalahan doping, selain Wong Choong Hann, yang kini pengarah kejurulatihan perseorangan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) turut mara ke final pada 2003.

Malaysia pernah muncul naib juara beregu lelaki sebanyak empat kali menerusi Datuk Razif Sidek-Datuk Seri Jailani Sidek (1987), Cheah Soon Kit-Soo Beng Kiang (1993), Soon Kit-Yap Kim Hock (1997) dan Koo Kien Keat-Tan Boon Heong (2010).

Pada Kejohanan Dunia yang sedang berlangsung di Tokyo Metropolitan Gymnasium, Jepun, Zii Jia mengetuai cabaran negara ke pusingan ketiga berlangsung hari ini, termasuk beregu lelaki Aaron Chia-Soh Wooi Yik, Pearly Tan-M. Thinaah (beregu wanita) dan Goh Soon Huat-Shevon Lai Jemie (beregu campuran).

Selain itu, Rashid turut meletakkan harapan supaya skuad negara mampu menamatkan penantian 30 tahun untuk menjulang Piala Thomas pada edisi seterusnya, selepas kali terakhir dimenangi pada 1992.

Beliau optimis bahawa Malaysia mempunyai barisan perseorangan dan beregu berpotensi meraih gelaran Piala Thomas yang keenam selepas kejayaan tiga edisi terawal pada 1949, 1952 dan 1955, serta kemenangan edisi 1967 dan 1992.

“Kenangan julang Piala Thomas itu masih tersemat dalam fikiran saya…Saya berharap dalam masa terdekat ini, Malaysia mampu menjadi juara Piala Thomas ini kerana sekarang rata-rata pemain berpotensi, ada kemahiran dan stabil, cuma mereka nak laksanakan macam mana, perlu bersedia dari segi mental dan fizikal,” jelasnya.

Berita berkaitan
Amaran tsunami dikeluarkan agensi cuaca Jepun susulan gempa
October 9, 2023· Dunia
Tiada halangan import ikan dari Jepun, kata Mat Sabu
October 4, 2023· Isu semasa
Jepun labur lagi AS$25 bilion tangani kadar kelahiran rendah
June 14, 2023· Dunia
Dr Mahathir dijemput berucap di Jepun, gesa henti peperangan
May 25, 2023· Isu semasa
Popular
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024
Saman ibu model warga Belanda dibunuh akan dibicarakan
December 7, 2022
Kemiskinan berleluasa, ketidakstabilan ekonomi akibat rasuah
February 8, 2023
Netizen persoal isu ‘roadtax’, MyJPJ jika bawa kenderaan orang lain
February 10, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024 · Isu semasa
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024 · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok