Tiada halangan import ikan dari Jepun, kata Mat Sabu

October 4, 2023 · Isu semasa

Kerajaan tidak menghalang sebarang aktiviti mengimport produk pertanian dan perikanan dari Jepun, kata Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu.

Beliau berkata Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sentiasa memantau tahap isu keselamatan makanan termasuk pemeriksaan radiasi dan mengesahkan produk perikanan yang diimport dari negara ‘Matahari Terbit’ itu selamat untuk dimakan, lapor Bernama.

“Bagaimanapun kita letak sebarang perikanan yang datang daripada Jepun di tahap empat iaitu peringkat yang kita paling ambil perhatian. Jadi makanlah sebarang ikan yang datang dari Jepun, selamat,” katanya ketika ditemui selepas mengadakan pertemuan dua hala dengan Menteri Pertanian, Perhutanan dan Perikanan Jepun Miyashita Ichiro, di sini hari ini.

Sebelum ini, beberapa negara membangkitkan kebimbangan susulan tindakan Tokyo melepaskan air radioaktif dirawat dari loji nuklear Fukushima ke Lautan Pasifik.

Tindakan tersebut mendorong China, Hong Kong dan Korea Utara mengambil tindakan segera menyekat produk hasil laut negara itu.

Mengulas mengenai sama ada terdapat kemungkinan negara akan meningkatkan import beras dari negara pembekal ASEAN yang lebih murah kosnya, Mohamad berkata perkara itu akan dibincangkan dengan Padiberas Nasional Berhad (Bernas).

“Bernas lebih mengetahui dan kita akan bincang dari semasa ke semasa,” katanya.

Sementara itu Mohamad berkata Kabinet akan membuat keputusan berkaitan subsidi ayam dan telur dalam masa terdekat selepas beliau membentangkan situasi terkini bahan mentah tersebut pada mesyuarat pagi ini.

“Sekarang ayam dan telur keadaan sudah stabil, harga di bawah siling. Jadi mungkin Kabinet akan buat keputusan sesuatu. Kita tunggu keputusan tersebut,” katanya.

Berita berkaitan
Harga ayam naik, Menteri kata masih belum ada laporan selepas pengapungan
November 6, 2023· Isu semasa
Harga ayam tidak naik dan bekalan stabil: KPKM
November 1, 2023· Isu semasa
Langkah pengapungan akan jadikan harga ayam lebih murah: Menteri
October 31, 2023· Isu semasa
Subsidi dan kawalan harga ayam berakhir pada Rabu ini
October 30, 2023· Isu semasa
Popular
Yasin bebas pertuduhan kes dadah, diarah ke Hospital Bahagia
November 29, 2023
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023
Kes bunuh teman wanita: Pemandu lori dipenjara 35 tahun, 12 sebatan
November 29, 2023
Sirul dipakaikan peranti pemantauan: Laporan
November 29, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
5 jam lalu · Isu semasa
Kes bunuh teman wanita: Pemandu lori dipenjara 35 tahun, 12 sebatan
November 29, 2023 · Isu semasa
Yasin bebas pertuduhan kes dadah, diarah ke Hospital Bahagia
November 29, 2023 · Isu semasa
Mahkamah benarkan pasport Muhyiddin dipulangkan untuk sementara
November 29, 2023 · Isu semasa
Mangsa banjir di Terengganu, Kelantan kekal setakat pagi ini
November 29, 2023 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] ‘Permainan’ pegawai politik punca kerajaan 22 bulan tumbang
2 jam lalu
[VIDEO] Belanjawan 2024 paling pantas diluluskan DUN Kedah, kata Sanusi
2 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok