Saman ibu model warga Belanda dibunuh akan dibicarakan

December 7, 2022 · Isu semasa

Permohonan polis dan kerajaan untuk membatalkan saman ibu kepada model warga Belanda Ivana Esther Robert Smit, yang mayatnya ditemukan di balkoni tingkat enam sebuah kondominium, lima tahun lepas ditolak.

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dalam keputusannya hari ini mahu kes saman itu dibicarakan kerana didakwa terdapat kecuaian yang dilakukan oleh pihak berkuasa dalam mengendalikan siasatan pembunuhan tersebut.

Christina Carolina Gerarda Johanna Verstappen selaku plaintif memfailkan saman terhadap Ketua Polis Negara, Pegawai Penyiasat Dang Wangi ASP Faizal Abdullah, Menteri Dalam Negeri dan kerajaan Malaysia selaku defendan atas dakwaan melanggar kewajipan statutori dan cuai dalam siasatan bagi menentukan punca kematian anak perempuannya.

Pesuruhjaya Kehakiman Roz Mawar Rozain ketika menyampaikan keputusan itu memutuskan kes tersebut tidak sesuai dibatalkan kerana terdapat persoalan serius yang perlu dihujahkan melalui perbicaraan penuh.

“Ini bukanlah suatu kes yang jelas serta sesuai untuk diputuskan melalui permohonan pembatalan. Pihak defendan mendakwa mereka mempunyai imuniti di bawah Akta Polis 1967 juga telah menimbulkan beberapa persoalan undang-undang yang serius, yang perlu dibicarakan,” katanya menurut laporan BH hari ini.

Roz Mawar berkata ini bukan kes yang boleh ditentukan dengan jelas secara ringkas bahawa tuntutan plaintif tidak mampan.

“Selepas meneliti rayuan tersebut, mahkamah membuat kesimpulan bahawa terdapat kausa tindakan yang munasabah terhadap defendan. Saman plaintif bukanlah sesuatu yang remeh, menyusahkan dan satu penyalahgunaan proses mahkamah. Oleh itu, mahkamah menolak permohonan ini dengan kos RM5,000,” katanya.

Mahkamah menetapkan 14 Dis untuk pengurusan kes. Verstappen, 57, memfailkan saman itu pada 20 Nov 2020.

Pada 21 April 2021, Mahkamah Tinggi membatalkan saman plaintif atas alasan penyataan tuntutan tidak mematuhi Perintah 18, Peraturan 7 Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 dan selepas mengemukakan rayuan, Mahkamah Rayuan mengembalikan saman itu.

Dalam penyataan tuntutan, Verstappen berkata anak perempuannya yang berusia 18 tahun itu ditemukan maut di tingkat enam CapSquare Residence di sini pada 7 Dis 2017 selepas jatuh dari tingkat 20 unit kondominium milik pasangan Amerika iaitu Alex Johnson dan Luna Almazkyzy.

Beliau mendakwa polis melakukan kecuaian apabila gagal menutup lokasi kejadian, menyita barangan peribadi mangsa, mengumpul bukti serta gagal menjalankan siasatan sewajarnya terhadap Johnson dan Almazkyzy serta gagal menahan, mengekstradisi dan menjamin kehadiran kedua-duanya semasa inkues sebagai saksi utama.

Pada 18 Mac 2019, Mahkamah Koroner memutuskan kematian Ivana disebabkan misadventure (kematian akibat nahas).

Tidak berpuas hati dengan keputusan Mahkamah Koroner, Verstappen mengemukakan rayuan kepada Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dan pada 22 Nov 2019, Hakim Collin Lawrence Sequerah mengetepikan keputusan Mahkamah Koroner serta menggantikannya dengan ‘kematian yang disebabkan oleh seorang individu atau beberapa individu yang tidak dikenali’ dan memerintahkan Peguam Negara mengarahkan Polis Diraja Malaysia memulakan siasatan.

Peguam Kanan Persekutuan Mohd Azhar Hamzah mewakili kerajaan manakala peguam Datuk S.N. Nair, bagi pihak Verstappen.

Ketika ditemui selepas prosiding, Nair menyatakan beliau gembira dengan keputusan hari ini.

Berita berkaitan
Nasib Syed Saddiq diketahui 9 Nov, dibebas atau disabit empat pertuduhan
September 21, 2023· Isu semasa
RM4 juta masuk akaun Najib dari syarikat berkait Jho Low: Saksi
September 21, 2023· Isu semasa
KJ ungkit kenyataan Azalina ‘peguam negara orang PM’, sindir kes rasuah Zahid
September 20, 2023· Politik
Rayuan difailkan berhubung pembebasan kes rasuah Bung Moktar dan isteri
September 19, 2023· Isu semasa
Popular
Kes bunuh tiga warga Sri Lanka: Polis buru dua suspek
September 23, 2023
Kenapa generasi muda semakin hilang adab?
February 14, 2023
Ribuan peniaga diramal gulung tikar ekoran kenaikan harga bahan mentah: Laporan
September 20, 2023
Peningkatan mangsa banjir di Sabah dan Perak
September 23, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Kes bunuh tiga warga Sri Lanka: Polis buru dua suspek
4 jam lalu · Isu semasa
Peningkatan mangsa banjir di Sabah dan Perak
5 jam lalu · Isu semasa
Polis Perak rampas dadah RM1.5 juta, lima orang ditangkap
September 22, 2023 · Isu semasa
Ringgit dibuka menghampiri RM4.70 berbanding dolar
September 22, 2023 · Isu semasa
Banjir Perak: Jumlah mangsa dipindah meningkat pagi ini
September 22, 2023 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Ucapan Tok Guru Hadi di Simpang Pelangai
16 minit lalu
[VIDEO] Dah bohong sini, dia bohong di New York
2 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok