Dr Mahathir dijemput berucap di Jepun, gesa henti peperangan

May 25, 2023 · Isu semasa

Tun Dr Mahathir Mohamad menegaskan peperangan bukan jalan penyelesaian kepada konflik dan menggesa agar ia dihentikan segera.

Bekas Perdana Menteri itu yang dijemput berucap di Kelab Wartawan Asing Jepun di Tokyo berkata dunia perlu menghentikan peperangan kerana kesannya yang meluas kepada seluruh negara lain di dunia dan berharap tidak akan menyelesaikan sesuatu masalah atau konflik.

“Peperangan bukan penyelesaian kepada konflik,” kata Dr Mahathir pada sidang media di Tokyo pada Rabu, lapor Xinhua.

Dunia kini menghadapi masalah yang sama dan tidak boleh ditangani oleh hanya sebuah negara kerana “kita pada dasarnya satu dunia,” kata bekas perdana menteri berusia 97 tahun itu semasa berucap di Kelab Wartawan Asing Jepun di Tokyo.

Mengenai krisis Ukraine, Mahathir menggesa rundingan “di meja bulat, bukan di medan perang,” sambil menambah bantuan ketenteraan ke atas Ukraine yang diketuai Amerika Syarikat (AS) dan serangan tidak terkawal ke atas Russia “boleh mencetuskan perang dunia.”

Mahathir berpendapat beberapa pemimpin lain yang dijemput ke sidang kemuncak Kumpulan Tujuh (G7) tidak menunjukkan sokongan kepada Ukraine seperti pemimpin G7 kerana “mereka tidak suka perang.”

“Saya tidak fikir pergi berperang, konfrontasi, atau menghantar penceramah anda untuk memprovokasi negara lain, cara yang baik untuk menamatkan masalah yang menjejaskan seluruh dunia.

“Jadi pandangan saya ialah kita mesti menolak peperangan,” katanya.

Pada sidang kemuncak G7 yang berakhir Ahad di bandar Hiroshima, ahli G7 berikrar untuk memperhebat sokongan ke atas Ukraine dan mengumumkan langkah-langkah sekatan khusus terhadap Russia.

Mahathir menegaskan keputusan yang dibuat untuk mengenakan sekatan ke atas Russia menjejaskan ekonomi Malaysia dan banyak negara lain yang “tidak mempunyai keinginan untuk melawan sesiapa.”

“Ya, anda boleh mengenakan sekatan, tetapi sekatan merugikan negara lain juga,” katanya lagi.

Berita berkaitan
MP DAP gesa tarik gelaran ‘Tun’ diberi kepada Dr Mahathir
18 jam lalu· Politik
Saman RM150 juta Dr Mahathir, sampai masanya PMX dedah bukti enam kotak?
June 1, 2023· Politik
Dr M sedia bekerjasama dengan Muhyiddin tapi tidak dengan Anwar
June 1, 2023· Politik
Kes saman RM150 juta Dr Mahathir: Anwar mohon lanjutan fail pembelaan lagi
May 31, 2023· Politik
Popular
4 bulan tiada ketua audit negara, kerajaan beria mahu bahas LKAN 2021
June 6, 2023
Penulis buku Daim Zainuddin diperintah bayar saman RM1.2 juta
June 6, 2023
Penganalisis sanggah PMX buat perbandingan kenaikan OPR dengan Singapura
June 6, 2023
China mungkin tidak benarkan Jho Low balik Malaysia, kata Justo
June 4, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Dalam pembelaan kes saman, Rosmah kata barang kemas diberi tanpa diminta
1 jam lalu · Isu semasa
Ditipu skim pelaburan wang, lelaki rugi RM524,800
16 jam lalu · Isu semasa
Selesai polemik agama segera dengan bijak dan tertib, titah Sultan Selangor
16 jam lalu · Isu semasa
Penulis buku Daim Zainuddin diperintah bayar saman RM1.2 juta
17 jam lalu · Isu semasa
Penganalisis sanggah PMX buat perbandingan kenaikan OPR dengan Singapura
17 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Ucapan Sanusi di himpunan PN Best Tanjung Karang
June 5, 2023
[VIDEO] Anwar usah sembang, nak faham orang miskin kena jadi miskin
June 5, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok