Aaron-Wooi Yik cipta sejarah juarai Kejohanan Badminton Dunia

August 28, 2022 · Isu semasa

Beregu lelaki utama negara Aaron Chia-Soh Wooi Yik mencipta sejarah menjadi setelah menjadi pemain Malaysia pertama memenangi gelaran Kejohanan Badminton Dunia 2022 di Tokyo, Jepun, hari ini (28 Ogos).

Menghadiahkan kejayaan sempena Hari Kebangsaan, Aaron-Wooi Yik menampilkan aksi hebat memukau penonton di Tokyo Metropolitan Gymnasium, menundukkan bekas juara dunia tiga kali dari Indonesia Mohammad Ahsan-Hendra Setiawan dengan 21-19 dan 21-14.

Pasangan nombor enam bersemangat walaupun pada awalnya ketinggalan 7-11 sebelum mendahului 16-11, 18-12. Kedudukan menjadi 19-19 dan seterusnya mengakhiri set pertama dengan 21-19.

Kejayaan ke atas pasangan yang diberi julukan ‘The Daddies’ itu menyaksikan Aaron-Wooi Yik melakar sejarah menjadi pemain badminton Malaysia pertama meraih gelaran juara dunia, yang dilakukan pada penampilan keempat mereka di kejohanan berkenaan.

Dengan kejayaan melangkah ke final semalam, pasangan ranking keenam dunia itu turut muncul beregu Malaysia pertama dalam tempoh 12 tahun mara ke final Kejohanan Badminton Dunia selepas kali terakhir dilakukan Koo Kien Keat-Tan Boon Heong pada edisi 2010 di Paris.

Pencapaian terbaik Aaron-Wooi Yik yang juga pemenang pingat gangsa Sukan Olimpik Tokyo 2020 dalam kempen kejohanan dunia adalah beraksi di pentas suku akhir pada edisi 2018 di Nanjing, China.

Lebih manis kemenangan di Gimnasium Metropolitan Tokyo itu secara tidak langsung memberikan hadiah paling bermakna buat negara yang bakal menyambut Hari Kemerdekaan ke-65, pada Rabu ini.

Berita berkaitan
Bintang badminton Indonesia maut nahas jalan raya
March 21, 2023· Dunia
Kenyataan rasis: BAM, persatuan ‘haramkan’ bekas pemain pelatih
February 13, 2023· Isu semasa
[KEMAS KINI] Harapan Zii Jia rangkul juara dunia musnah
August 25, 2022· Isu semasa
Sukan Komanwel: Tze Yong tundukkan juara dunia badminton
August 7, 2022· Isu semasa
Popular
Jalan tertinggi di Malaysia dibuka
January 14, 2022
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024
Semua pihak perlu peka isu buli
November 6, 2021
Selepas Najib, bayaran penasihat pentadbiran Ismail Sabri kedua tertinggi
December 13, 2021
Lagi Isu semasa terkini
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024 · Isu semasa
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024 · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok