Bintang badminton Indonesia maut nahas jalan raya

March 21, 2023 · Dunia

Bintang badminton Indonesia yang sedang meningkat naik, Syabda Perkasa Belawa, 21, terbunuh dalam nahas jalan raya di Pemalang, Jawa Tengah awal semalam, lapor media negara itu.

Ibunya, Anik Sulisyowati, 48, yang turut berada dalam kereta dinaiki lima sekeluarga itu turut maut.

Syabda Perkasa, yang menjuarai tiga kemenangan kategori pemain perseorangan di Lithuanian International 2022 dan Malaysia International 2022, serta ibunya meninggal dunia di tempat kejadian.

Sementara, bapanya, Muanis Hadi Sutamti dan dua kakaknya, Diana Sakti Anistyawati and Tahta Bathari Cahyaloka pula mengalami kecederaan.

Keluarga berkenaan dilaporkan sedang dalam perjalanan ke Sragen bagi menghadiri majlis pengebumian neneknya yang meninggal dunia pada Ahad malam.

Menurut laporan media tempatan, kereta yang dipandu bapa Allahyarham Syabda itu dipandu laju sebelum merempuh sebuah trak di Plaza Tol Pemalang.

Polis mengesyaki, keletihan pemandu menjadi punca kemalangan itu berlaku.

Jenazah Syabda dan ibunya serta neneknya dikebumikan dalam satu liang lahad pada tengah hari Isnin di kampung halaman mereka di Sragen.

Dalam kariernya, Syabda tersenarai sebagai antara pemain skuad kebangsaan Indonesia untuk kejohanan Piala Thomas 2022 ketika menentang Korea Selatan.

Berita berkaitan
Sekumpulan gajah di Gerik pijak kereta, sekeluarga berdepan keadaan cemas
November 27, 2023· Isu semasa
Remaja 16 tahun pandu tanpa lesen rempuh motosikal sehingga dua maut
November 11, 2023· Isu semasa
Warga Indonesia dipercayai dibaham harimau di Gua Musang
November 11, 2023· Isu semasa
Tiga ahli Dewan Muslimat PAS maut ketika cuba bantu mangsa kemalangan
October 20, 2023· Isu semasa
Popular
Jeddah banjir besar selepas 13 tahun
November 24, 2022
Suri rumah mengaku zina kena 100 sebatan, pasangan hanya 15 kali
January 14, 2022
Lagi Dunia terkini
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023 · Dunia
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023 · Dunia
Israel melakukan jenayah perang, dakwa Menteri Luar Jordan
November 6, 2023 · Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023 · Dunia
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Ucapan Mahathir di Grand Finale PRK Kemaman
29 minit lalu
[VIDEO] UMNO sepatutnya tadbir negara bersama PN, bukan dengan DAP
13 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok