Sukan Komanwel: Tze Yong tundukkan juara dunia badminton

August 7, 2022 · Isu semasa

Pemain perseorangan lelaki utama negara, Ng Tze Yong melakukan kejutan terbesar pada temasya Sukan Komanwel 2022 Birmingham apabila menyingkirkan juara dunia badminton, Loh Kean Yew dari Singapura pada saingan suku akhir, di sini, hari ini.

Pemain berusia 22 tahun itu menampilkan semangat juang tinggi untuk bangkit semula selepas ketinggalan set pertama sebelum membenam Kean Yew 15-21, 21-14, 21-11, sekali gus melakar kemenangan sulung dalam tiga pertemuan dengan pemain dari Singapura itu.

Pada saingan separuh akhir esok, Tze Yong, pemain ranking ke-42 dunia, akan berdepan sekali lagi dengan pemain India, Kidambi Srikanth.

Tze Yong telah menewaskan Srikanth 21-19, 6-21, 21-16 dalam misi membantu Malaysia mengalahkan India 3-1 untuk merangkul emas acara berpasukan campuran, Selasa lalu, (2 Ogos).

Srikanth mara ke separuh akhir dengan menyingkirkan pemain pilihan tuan rumah, Toby Penty 21-19, 21-17 pada satu lagi perlawanan suku akhir.

Sementara itu, pemain perseorangan profesional wanita negara, Goh Jin Wei menemukan jalan penghujung selepas tewas19-21, 21-14, 21-18 kepada juara dunia, Pusarla V. Sindhu dari India.

Ini adalah kali kedua dalam empat hari, Jin Wei tewas 20-22, 17-21 kepada pemain India itu pada pertemuan akhir dalam acara berpasukan campuran.

Dalam pada itu, beregu lelaki pemenang gangsa Sukan Olimpik Tokyo 2020, Aaron Chia-Soh Wooi Yik dengan mudah melangkah ke separuh akhir selepas mengalahkan wakil Uganda, Brian Kasirye-Daniel Wanagaliya 21-6, 21-12.

Beregu negara itu akan berdepan dengan pemenang antara beregu England, Ben Lane-Sean Vendy dan Pham Tran Hoang-Jack Yu dari Australia di peringkat separuh akhir.

Bagaimanapun, Malaysia menempuh nasib berbeza dalam acara beregu campuran, apabila pasangan profesional, Tan Kian Meng-Lai Pei Jing mengalahkan pasangan England, Callum Hemming-Jessica Pugh, 22-20, 21-11 sementara pasangan negara, Chan Peng Soon-Cheah Yee See tewas 15-21, 19-21 kepada Adam Hall-Julie Macpherson dari Scotland.

Bagaimanapun, Peng Soon boleh menarik nafas lega apabila gandingannya dengan Kian Meng dalam acara beregu lelaki berjaya menundukkan Sachin Dias-Buwaneka Goonetilleka dari Sri Lanka 21-16, 21-12 untuk mara ke separuh akhir.

Peng Soon-Kian Meng akan menentang Satwiksairaj Rankireddy-Chirag Shetty selepas pasangan utama India itu menewaskan pasangan Australia, Jacob Schueler-Nathan Tang, 21-9, 21-11, dalam satu lagi perlawanan suku akhir. – Bernama

Berita berkaitan
Kontinjen Malaysia catat pencapaian terburuk dalam sejarah Sukan SEA
May 17, 2023· Isu semasa
Bintang badminton Indonesia maut nahas jalan raya
March 21, 2023· Dunia
Kenyataan rasis: BAM, persatuan ‘haramkan’ bekas pemain pelatih
February 13, 2023· Isu semasa
Rasuah badan sukan: Adam Adli jangan tuduh sembarangan
December 14, 2022· Isu semasa
Popular
Armada Bersatu gesa siasat video warga Malaysia dengan pembantu PM Israel
December 5, 2023
Masalah pengangkutan awam tiada kesudahan
June 27, 2022
Cukai RM9.41 juta: Shafee dan LHDN dalam proses selesaikan tunggakan
December 5, 2023
Muhyiddin nasihat hati-hati pulang sempena cuti Krismas
December 24, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Armada Bersatu gesa siasat video warga Malaysia dengan pembantu PM Israel
December 5, 2023 · Isu semasa
Sindiket pasport terbang berjaya ditumpaskan Imigresen Johor
December 5, 2023 · Isu semasa
Pesara tentera lesap RM125,000 ditipu ‘phone scam’
December 5, 2023 · Isu semasa
Cukai RM9.41 juta: Shafee dan LHDN dalam proses selesaikan tunggakan
December 5, 2023 · Isu semasa
Bergantung kepada siasatan sama ada tangkap Agus atau tidak: Razarudin
December 5, 2023 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Kedah, Itali jalin kerjasama jayakan Kedah Aerotropolis
13 jam lalu
[VIDEO] Kit Siang patut nasihat UMNO tukar presiden, PAS elok dah
December 5, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok