Kenyataan rasis: BAM, persatuan ‘haramkan’ bekas pemain pelatih

February 13, 2023 · Isu semasa

Persatuan Badminton Malaysia (BAM) menegaskan semua gabungannya tidak akan menerima bekas pemain percubaan pelapisnya, Bong Guang Yik, susulan kenyataannya yang berbaur perkauman dan menyentuh sensitiviti agama.

Pada masa sama BAM turut menghantar surat menggesa Persatuan Badminton China (CBA) mengambil tindakan ke atas Guan Yik yang kini menjadi salah seorang jurulatih badminton di negara itu.

Sambil mengecam sekeras-kerasnya kenyataan perkauman dibuat individu berkenaan, BAM dalam satu kenyataan hari ini turut memaklumkan akan menghantar aduan rasmi kepada CBA untuk tindakan lanjut.

“BAM benar-benar terkejut dan akan memanjangkan isu ini termasuk menghantar aduan rasmi kepada CBA. Komen-komen yang memecah belahkan seperti ini tidak mempunyai tempat dalam masyarakat terutamanya di negara kita dan tidak boleh dibiarkan.

“Persatuan mengutuk sekeras-kerasnya segala bentuk diskriminasi dan akan menggesa CBA mengambil tindakan yang perlu terhadap individu ini.

“Individu rasis seperti itu tidak sepatutnya diambil sebagai jurulatih dalam sukan yang sangat digemari jutaan peminat yang berbilang bangsa dan agama,” kata BAM dalam satu kenyataan di Facebooknya hari ini (13 Februari 2023).

Baru-baru ini, tular di media sosial, seorang individu yang dilaporkan bekas pemain percubaan pelapis BAM, Bong Guang Yik bertindak mengeluarkan kenyataan berbaur perkauman.

Dalam video itu, Guang Yik yang kini dilaporkan menjadi jurulatih badminton di China mendakwa pengurusan BAM yang majoritinya orang Melayu menjadi punca kejatuhan prestasi sukan itu.

Katanya, orang-orang Melayu tidak menguruskannya dengan sempurna lebih-lebih lagi kerap meninggalkan latihan ataupun pengurusan setiap kali waktu solat.

Sebelum ini, Konfederasi Hoki Malaysia (KHM) menggantung pemain penyerang pasukan hoki wanita negara, Hanis Nadirah Onn susulan dakwaan netizen bahawa dia mengeluarkan kenyataan bersifat perkauman berhubung konsert AR Rahman dari India di Kuala Lumpur.

Pada 9 Februari lepas, Jawatankuasa Siasatan MSN dan KHM membuat keputusan untuk menggantung Hanis Nadiah dan beliau tidak dibenarkan mewakili pasukan kebangsaan di mana-mana kejohanan antarabangsa.

Pada masa sama, Timbalan Pengerusi DAP Pulau Pinang, P Ramasamy pula mengeluarkan kenyataan juga bersifat perkauman, tetapi tiada mana-mana pihak berani mengambil tindakan terhadap Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang itu.

Ramasamy mengaitkan bahawa jumlah kakitangan awam yang terlalu ramai dan didominasi oleh Melayu adalah punca perkhidmatan awam menjadi lapuk atau tepu.

Bekas Felo Penyelidik Kanan Pelawat di Institut Pengajian Asia Tenggara, Singapura mengenai politik Asia Tenggara seterusnya mendesak supaya “dominasi Melayu” dalam perkhidmatan awam dihentikan.

Dia beranggapan perkhidmatan awam telah lapuk atau tepu, puncanya kerana perkhidmatan awam didominasi oleh orang Melayu.

Berita berkaitan
Dengar cerita warga China sertai MM2H layak dapat PR, dakwa MP Masjid Tanah
December 16, 2023· Politik
Bursa dibuka rendah, pasaran lemah
December 7, 2023· Isu semasa
Pengecualian visa 30 hari akan tingkatkan pelancong China: King Sing
December 5, 2023· Isu semasa
PM umum pengecualian visa untuk rakyat China dan India bermula 1 Dis
November 27, 2023· Isu semasa
Popular
Jalan tertinggi di Malaysia dibuka
January 14, 2022
Selepas Najib, bayaran penasihat pentadbiran Ismail Sabri kedua tertinggi
December 13, 2021
Kenapa harga ayam meningkat?
May 26, 2022
Kos sara hidup tinggi: Pelajar IPT terpaksa tangguh pengajian
September 30, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024 · Isu semasa
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024 · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok