Rasuah badan sukan: Adam Adli jangan tuduh sembarangan

December 14, 2022 · Isu semasa

Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) akan mengambil tindakan terhadap Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Adam Adli Abd Halim, yang mendakwa terdapat badan sukan di negara ini yang dibelenggu gejala rasuah.

Presiden KOM Datuk Seri Shahidan Kassim juga mengingatkan Ketua AMK PKR itu supaya tidak mengeluarkan tuduhan sesuka hati tanpa mendapatkan maklumat lengkap terlebih dahulu.

“Terlebih dahulu saya ingin memberitahu Timbalan Menteri Belia dan Sukan bahawa beliau adalah orang baharu dalam dunia sukan.

“Jangan sekali-kali hendak menjadi juara dengan melemparkan kenyataan-kenyataan yang tidak berasas dan kurang fakta.

“Sila dapatkan maklumat lengkap bagaimanakah badan-badan sukan diuruskan oleh orang-orang yang dipilih,” katanya dalam satu kenyataan hari ini (14 Disember 2022).

Shahidan yang juga Ahli Parlimen Arau mengingatkan Adam Adli bahawa beliau sepatutnya mempertahan sukan dan bukannya mengeluarkan komen untuk memburukkan nama baik sukan dan persatuan.

“Ini adalah kurang sihat dan tidak sesuai dikeluarkan oleh seorang Timbalan Menteri Belia dan Sukan.

“Sila buktikan badan sukan mana yang terlibat dengan rasuah. Jika tidak kami akan mengambil tindakan terhadap dakwaan yang tidak berasas ini,” katanya lagi.

Sebelum ini, Majlis Olimpik Malaysia (MOM) turut menggesa Adam Adli supaya menjustifikasikan dakwaan bahawa badan sukan di negara ini dibelenggu oleh gejala rasuah.

Dakwaan Adam Adli itu disifatkan MOM tidak berasas dan tidak wajar dikeluarkan oleh seorang Timbalan Menteri

Presiden MOM Tan Sri Mohamad Norza Zakaria meminta penjelasan berhubung isu yang dibangkitkannya tersebut sambil menyifatkan kenyataan sedemikian adalah tidak wajar, tidak adil dan prejudis kerana pelbagai badan sukan negara berjaya melahirkan juara dunia dalam sukan masing-masing selama berdekad-dekad.

Berita berkaitan
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024· Isu semasa
Selepas Zahid, Isa Samad juga dibebas daripada tuduhan rasuah RM3 juta
March 6, 2024· Politik
Jangan jadi ‘orang suruhan’ untuk kepentingan pihak tertentu, kata MB Kedah
January 8, 2024· Berita
Mahkamah benarkan pasport Muhyiddin dipulangkan untuk sementara
November 29, 2023· Isu semasa
Popular
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024
Jalan tertinggi di Malaysia dibuka
January 14, 2022
Kenapa harga ayam meningkat?
May 26, 2022
Polis sedang kesan individu hina Sultan Selangor, dipercayai berada luar negara
March 27, 2024
Lagi Isu semasa terkini
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024 · Isu semasa
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024 · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok