Semua pihak perlu peka isu buli

November 6, 2021 · Isu semasa

ISU buli dalam kalangan remaja tidak pernah berkurang, bahkan semakin merisaukan banyak pihak. Biarpun pelbagai garis panduan, peringatan dan nasihat dihimpunkan menerusi media massa, penyelesaian gejala sosial ini masih kabur.

Menyorot kembali kes kematian seorang pelajar universiti, Allahyarham Zulfarhan, akibat dibelasah beramai-ramai oleh rakan sepengajiannya. Pemergiannya menjadi isu hangat di media utama dan juga di media sosial.

Menurut pakar motivasi,  Dr. Tengku Asmadi T. Mohamad, isu buli bukannya isu baru.

“Sebelum ini kita sudah didedahkan dengan banyak kes namun isu buli ini masih belum mampu diselesaikan. Rekod Kementerian Pendidikan menunjukkan statistik penurunan kes buli di sekolah seluruh negara, iaitu daripada lebih 4,000 kes pada Tahun 2014 kepada 3,000 pada Tahun 2016.

“Meski pun berlaku penurunan kes buli, namun jumlah yang mencecah angka ribuan ini masih membimbangkan ibu bapa, terutama bagi mereka yang menghantar anak-anak ke sekolah-sekolah berasrama penuh,” katanya.

Tambah beliau, pihak Kementerian perlu lancarkan segera Kempen Sifar Buli. Tindakan tegas perlu dikenakan ke atas pelajar-pelajar yang terlibat.

Justeru, guru-guru, ibu bapa dan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah pula wajib menyahut Kempen Sifar Buli ini dengan serius.

Dr. Tengku Asmadi turut menjelaskan, buli bukan budaya Timur dan bukan juga ajaran agama Islam. Sebaliknya, ia adalah budaya Barat yang ditiru daripada penjajah dan dikekalkan sebagai satu tradisi oleh sesetengah sekolah atau kolej.

“Selagi kita terima bahawa ia sebagai satu perkara biasa, selagi itulah keadaan tidak akan berubah. Memberikan alasan bahawa dengan cara ‘raging’ akan merapatkan jurang antara pelajar serta membuatkan pelajar junior lebih hormat kepada pelajar senior adalah tidak betul.

“ Malah banyak lagi cara yang boleh dilakukan bagi mengeratkan hubungan antara pelajar baru dengan pelajar lama. Yang pasti, menerima buli sebagai budaya sudah tidak relevan lagi. Ia perlu dihapuskan sama sekali dan digantikan dengan pendekatan baru yang lebih beradab dan Islamik,” ujar beliau.

 

TIP MENGELAK DIBULI

  1. Berkeyakinan diri

Pembuli suka membuli insan yang lemah dan tidak akan melawan. Ingat, pembuli hanya akan mengulangi membuli jika mereka fikir boleh meneruskan kegiatannya.

  1. Bina kekuatan diri

Jangan tunjukkan reaksi perasaan anda kepada pembuli. Pastinya buli itu menyakitkan, tetapi pembuli akan mendapat kepuasan jika mereka tahu tindakannya berjaya menyakiti perasaan seseorang.

  1. Cuba abaikan pembuli

Jika anda tidak boleh mengabaikan mereka, cuba untuk bersetuju dengan mereka (pembuli tidak akan mendapat kepuasan jika anda bersetuju dengan mereka)

  1. Percaya kepada diri sendiri

Apa yang berlaku bukan salah anda dan tiada siapa patut dibuli. Anggaplah apa yang pembuli ucapkan sebagai gurauan tidak matang supaya ia tidak mengganggu perasaan anda.

 

Berita berkaitan
Terdapat kes buli berlaku di Sekolah Menengah di Kuala Kangsar: Polis
November 4, 2023· Isu semasa
Mangsa buli sekolah sehingga hilang pendengaran peroleh ganti rugi RM600,000 lebih
October 17, 2023· Isu semasa
Gerakan sokong usaha ajar Hadis 40 di sekolah kepada sekolah agama: Dominic
August 27, 2023· Politik
Logo DAP pada cek sumbangan, Pemuda PN bidas tatakelola kerajaan PH-UMNO
August 24, 2023· Politik
Popular
Harga roti Gardenia naik 1 Disember
November 25, 2021
Selesaikan isu harga makanan di kantin, jangan ikut formula Rafizi
January 9, 2023
Pelajar sekolah balik cuti raya Cina tak dibenar pulang ke asrama
February 5, 2022
Kilang pemasangan Porsche pertama Malaysia dilancar di Kedah
March 28, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok