Gerakan sokong usaha ajar Hadis 40 di sekolah kepada sekolah agama: Dominic

August 27, 2023 · Politik

Usaha yang diperkenalkan untuk mengajar modul Penghayatan Hadis 40 Imam Nawawi di sekolah agama disokong Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan), kata Datuk Dr Dominic Lau.

Presiden Gerakan itu berkata tidak masalah usaha mengajar itu diperluaskan kepada masyarakat Islam dan menyifatkan penjelasan dibuat kerajaan campuran sebelum ini menyebabkan segelintir masyarakat bukan Islam keliru serta tidak memahami isu sebenar.

Jelasnya, kenyataan awal daripada pihak yang berkenaan mengenai perkara itu adalah terlalu makro sekali gus mewujudkan kegelisahan orang ramai terutamanya kepada ibu bapa dan pelajar bukan Islam.

“Saya percaya bahawa setiap elemen kerohanian dan keagamaan perlu diterapkan dalam silibus pendidikan, perkara itu jelas. Apa yang penting adalah proses penerangan berkenaan dengan pendekatan tersebut.

“Cuma diharapkan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) berpegang kepada kenyataan menterinya dan memberi jaminan tidak memperluaskan modul ini kepada pelajar bukan Islam,” ujarnya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sebelumn ini dalam kenyataan memaklumkan program rintis Modul Penghayatan Hadis 40 Imam Nawawi akan dilaksanakan dengan melibatkan guru dan murid beragama Islam di 61 Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) dan 228 Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) seluruh negara.

Pelaksanaan modul itu disasarkan kepada guru dan murid beragama Islam sahaja bertujuan memupuk semangat ihsan, kasih sayang dan memperkasakan kefahaman agama.

Tambah Dominic, sebagai rakyat berbilang kaum dan agama, semua pihak perlu memahami konteks kesederhanaan dan menghormati pendekatan keagamaan masing-masing.

“Selagi sesebuah pengajian tidak menimbulkan kesulitan kepada yang lain, tidak salah mereka (yang Islam) menghayati asas kesucian menghimpunkan panduan kehidupan dan dipercayai membantu pembentukan akhlak generasi muda Islam lebih baik.

“Saya berharap KPM akan mendekati pihak berkepentingan termasuk ibu bapa dengan penerangan perancangan, impak dan perjalanannya,” jelasnya lagi.

Berita berkaitan
Pengenalan caj bayaran QR tak bebankan golongan berpendapatan rendah: PMX
September 29, 2023· Isu semasa
Anwar akui ada kenaikan harga barang, kerajaan sedang cari jalan selesaikan
September 29, 2023· Isu semasa
Bukan Rafizi saja salah tapi PMX juga gagal memimpin negara, kata Tun Faisal kepada Puad
September 29, 2023· Politik
Satu negara harga barang naik, kenapa tumpu jualan murah di Pelangai? soal ADUN Beserah
September 29, 2023· Politik
Popular
Puad sindir Rafizi gagal tawar formula luar biasa
September 29, 2023
Bukan Rafizi saja salah tapi PMX juga gagal memimpin negara, kata Tun Faisal kepada Puad
September 29, 2023
Penyandang jawatan ’Top 5’ kekal, tiada pertandingan pada Muktamar PAS: Takiyuddin
September 29, 2023
Kerusi presiden PAS dan timbalan dipertanding, bukan macam UMNO
January 10, 2023
Lagi Politik terkini
Puad sindir Rafizi gagal tawar formula luar biasa
September 29, 2023 · Politik
Penyandang jawatan ’Top 5’ kekal, tiada pertandingan pada Muktamar PAS: Takiyuddin
September 29, 2023 · Politik
MP DAP sudah diambil keterangan berhubung video tafsir al-Quran: Ayob Khan
September 29, 2023 · Politik
Zahid umum peruntukan semasa PRN tidak pula dianggap rasuah? soal Ahmad Fadhli
September 29, 2023 · Politik
Jawatan Presiden PAS dan Timbalan berkemungkinan tiada pencabar: Sanusi
September 27, 2023 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Tak wajar polis pantau PN setiap jam, ganggu kempen calon
2 jam lalu
[VIDEO] Dakwaan Menteri jejas pelancongan, boleh ke Langkawi pakai seluar pendek
September 27, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok